Jumaat, 4 Mac 2016

Kerajaan gesa Dr Mahathir tunggu PRU

JPM
Jabatan Perdana Menteri


SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr mahathir Mohamad perlu menggunakan saluran betul sekiranya mahu menukar kerajaan sedia ada.

Pejabat Perdana Menteri menerusi kenyataan hari ini berkata, Mahathir perlu menunggu sehingga Pilihan Raya Umum (PRU)seterusnya kerana ia mengikut undang-undang, demokratik dan memenuhi kehendak rakyat.

“Pada 2013, rakyat Malaysia telah menzahirkan pilihan mereka dengan memilih kerajaan yang ada sekarang dan diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri).

“Jika Mahathir mahu mengubah kerajaan, beliau perlu mengikut proses demokraasi dan menunggu PRU akan datang, selaras dengan undang-undang serta Perlembagaan Malaysia,” katanya.

Katanya lagi, tindakan Mahathir hari ini bersama bekas musuhnya menggambarkan niat dan tujuan politik sebenar dan keadaan terdesak mereka.


Tiada ulasan: