Ahad, 13 Mac 2016

Kegagalan hardware dan pangkalan data Malaysiakini

Pada pagi hari Jumaat, Malaysiakini menghadapi masalah teknikal yang mengakibatkan pasukan editorial tidak dapat memuat naik cerita baru ke laman web tersebut.
 
Masalah ini disebabkan oleh kegagalan hardware server pangkalan data kandungan kami.
 
Bersama dengan pembekal hos cloud kami, pasukan teknologi berjaya mendapat akses ke pangkalan data kandungan, tetapi tidak dapat memulihkan sepenuhnya pangkalan data. Malangnya, 'backup' juga tidak boleh digunakan.
 
Bagi memastikan berita-berita dapat disalurkan, maka berita baru Malaysiakini telah disiarkan di laman Facebook Malaysiakini bagi Bahasa Inggeris, BM dan bahasa Cina.
 
Pasukan teknologi kami bekerja sepanjang masa untuk menyediakan satu sistem yang akan menyokong fungsi utama penerbitan laman web ini.
 
Penerbitan di laman web akan disambung semula tidak lama lagi, walaupun beberapa fungsi mungkin tidak beroperasi sepenuhnya. Kami menganggarkan ia akan mengambil masa 10 hingga 14 hari untuk pulih sepenuhnya.
 
Kami akan menyiasat apa yang menyebabkan kegagalan hardware dan pangkalan data, yang kali pertama berlaku dalam tempoh 16 tahun penerbitan Malaysiakini dalam talian. Sehingga kini, tidak ada sebarang petunjuk terdapatnya unsur khianat.
 
Malaysiakini mohon maaf kepada pembaca dan pelanggan kami atas gangguan tersebut.
 
 

Tiada ulasan: