KUALA LUMPUR: Kabinet hari ini bersetuju sebulat suara menamatkan
pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petroliam Nasional
Berhad (Petronas).
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata kabinet
berpendapat oleh kerana Dr Mahathir tidak lagi mendukung kerajaan sedia
ada, beliau sewajarnya tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada
kaitan dengan kerajaan.
"Kabinet hari ini telah membincangkan tindakan-tindakan bekas Perdana
Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, khususnya dalam melancarkan Deklarasi
Rakyat bersama pemimpin pembangkang pada minggu lepas.
"Deklarasi tersebut bertujuan menjatuhkan kerajaan menerusi satu
tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan
negara," kata kenyataan itu.
Dr Mahathir dilantik sebagai penasihat Petronas susulan persaraannya sebagai perdana menteri pada 2003.
Beliau juga merupakan Pengerusi Proton Holdings sejak Jun 2014.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan