Ahad, 13 Mac 2016

JK pemandu BERSIH ambil maklum perbezaan pendapat tapi berkata majoriti sokong Maria berhubung Deklarasi Rakyat

Jawatankuasa pemandu BERSIH hari ini mengakui bahawa organisasi yang menyokong gabungan itu mempunyai pandangan yang berbeza mengenai Deklarasi Rakyat, tetapi majoritinya menyokong pengerusinya Maria Chin Abdullah menandatangani dokumen itu atas kapasiti peribadinya.
 
Dalam satu kenyataan, ia berkata beberapa NGO tidak bersetuju dengan Maria menandatangani deklarasi yang diusahakan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Bagaimanapun, katanya, majoriti NGO sewaktu mesyuarat, menyokong Maria menandatanganinya atas kapasiti peribadinya.
 
"Sebagaimanapun kita menghormati hak rakyat untuk berbeza pendapat, kita juga menghormati keputusan Maria dan yang lain yang memilih untuk menandatangani Deklarasi Rakyat," katanya.
 
Kenyataan itu dikeluarkan selepas tiga penyokong BERSIH - Mama Bersih, Johor Yellow Flame dan Sunflower Electoral Education - mengkritik Maria kerana penglibatannya dalam Deklarasi Rakyat.
 
Mereka telah mengkritik Maria kerana bekerjasama dengan Dr Mahathir, yang menurut mereka adalah musuh demokrasi.
 
 

Tiada ulasan: