Khamis, 10 Mac 2016

Derma RM10 untuk Selamatkan M'sia, rayu Zaid

MALAYSIAKINI




Gerakan Selamatkan Malaysia memohon bantuan kewangan daripada orang ramai untuk membiayai operasinya, kata seorang anggotanya, Datuk Zaid Ibrahim.

Ini, katanya, juga akan membantu kumpulan itu memecahkan kitaran rasuah di negara ini, di mana ahli perniagaan memberi bantuan kewangan sebagai mendapatkan balasan pada kemudian hari.

"Kita tidak akan dapatkan bantuan kewangan daripada jutawan atau Jho Lows yang ada di dunia atas sebab yang mudah iaitu mencari bantuan daripada ahli perniagaan sebagai pertukaran untuk sesuatu adalah punca rasuah sistemik.

"(Jadi) saya seru rakyat Malaysia untuk membuat komitmen peribadi yang kecil - walaupun RM10 - untuk menunjukkan bahawa mereka ambil berat tentang masa depan kita bersama," tulis beliau di blog hari ini
Zaid berkata beliau akan memberikan maklumat lanjut mengenai sumbangan itu kemudian.

Tiada ulasan: