Khamis, 10 Mac 2016

Ampun rasuah: Boleh hantar surat rayuan ke FAM

Ampun rasuah: Boleh hantar surat rayuan ke FAM
Yusoff menerima cenderahati dari Hamidin (tengah) yang mewakili FAM dan Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Aminuddin Omar (kiri) yang mewakili Kedah.
 
 
"216 pemain digantung akibat skandal rasuah bolasepak pada tahun 1994 boleh menghantar surat rayuan kepada Bolasepak Malaysia (FAM)," kata  Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Beliau berkata demikian selepas melawat bekas penjaga gol kebangsaan, Datuk Yusoff Bakar di Taman Syed Mohamad Alor Setar, petang tadi.

Menurutnya, beliau tidak mempunyai kuasa untuk menyelesaikan masalah tersebut dan meminta surat rayuan disertakan bersama alasan kukuh dihantar ke badan induk bolasepak negara untuk diputuskan.

Beberapa hari lalu, Presiden Persatuan Bekas Pemain Bola Sepak Kedah (KFA), Mohd Faridzul Kassim berkata, sehingga hari ini selepas 22 tahun program pembasmian besar-besaran skandal rasuah dilakukan, FAM bagaikan menutup mata di atas apa yang berlaku kepada bekas-bekas pemain yang dikenakan tindakan.

Pada tahun 1994 negara digemparkan dengan skandal rasuah apabila lebih 100 pemain serta jurulatih disyaki mengatur keputusan perlawanan Piala Malaysia dan Liga Perdana ditahan pihak berkuasa untuk disoal siasat.

Akhirnya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjatuhkan hukuman dibuang daerah kepada 26 pemain di bawah Akta Kediaman Terhad manakala 57 pemain serta seorang penolong jurulatih digantung penyertaan antara setahun hingga lima tahun di bawah Lembaga Disiplin FAM.

Antara nama-nama besar yang terpalit dengan skandal ini adalah Matlan Marjan , Azizol Abu Haniffah, Faridzuan Che Hamid, Karim Pin, P Ravindran dan lain-lain lagi.


Tiada ulasan: