Khamis, 23 Julai 2015

Ya, saya muflis sejak 2012 – Ramesh Rao



Walaupun berstatus muflis, tidak bermakna dirinya seorang yang tidak boleh dipercayai.


ramesh-rao



PETALING JAYA: Ramesh Rao Krishnan Naidu mengaku dia telah diisytiharkan muflis sejak 2012 tetapi tidak bermakna dirinya tidak boleh dipercayai.

Katanya, ia adalah bukti dia tidak dibiayai oleh mana-mana pihak dalam tindakannya membuat laporan polis dan mendedahkan penipuan oleh Sarawak Report.

“Ya, saya muflis dan ini mengesahkan saya tidak mendapat apa-apa pembiayaan daripada Barisan Nasional. Saya melakukannya demi negara, “katanya menerusi akaun Twitter pada Khamis.

Dia memberi respon susulan dokumen yang dkeluarkan Jabatan Insolvensi Malaysia yang mengisytiharkan dia telah muflis disebarkan di laman sosial.

Dokumen itu menyatakan Pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin itu telah diisytiharkan muflis pada 24 Mei 2012.

Ramesh tampil mempertahankan dirinya dengan membalas serangan-serangan terhadapnya di laman sosial dengan menegaskan muflis bukan satu jenayah.

“Saya bukan penjenayah. Saya tidak pernah menipu sesiapa. Malah, saya sedang membayar ansuran hutang sejak 2013,” katanya.

Ramesh mula mendapat perhatian selepas dia membuat laporan polis terhadap pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Dia juga merupakan individu yang menyerahkan video dan e-mel kepada pihak polis untuk menyokong dakwaan terhadap Rewcastle-Brown selepas bekas editor Sarawak Tribune, Lester Melanyi mengaku bahawa dia telah memalsukan maklumat mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tiada ulasan: