MALAYSIAKINI
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, beliau menyokong penuh
Gerakan Harapan Baru, sebuah gerakan yang ditubuhkan oleh kumpulan
pemimpin PAS yang "disingkirkan" dalam pemilihan parti itu bulan lalu.
Malah, Rafizi berkata, beliau juga akan turut serta dalam siri jelajah
Gerakan Harapan Baru yang akan diadakan selepas hari raya nanti.
"Saya
akan memberi sepenuh sokongan dan kerjasama kepada mereka untuk menjana
gelombang rakyat menumpaskan Umno dan BN menjelang Pilihanraya Umum
ke-14.
"Saya akan menyertai jelajah yang dianjurkan oleh Gerakan Harapan Baru
selepas Aidilfitri," katanya dalam kenyataan medianya hari ini.
Selain itu, Rafizi berkata, beliau yakin dengan penubuhan gerakan
tersebut akan membawa satu kerjasama yang mampu menumpaskan Umno dan BN
dalam pilihan raya umum akan datang.
Katanya, gerakan yang diketuai oleh bekas timbalan presiden PAS Mohamad
Sabu bersama pemimpin yang telah lama berjuang menentang BN merupakan
satu perkembangan baik.
"Saya kenal rapat dengan tokoh-tokoh ini dan telah bersama-sama mereka memperjuangkan isu rakyat selama ini.
"Rekod mereka berjuang untuk membawa perubahan di dalam negara adalah
berkali ganda lebih lama daripada saya dan pimpinan muda yang lain,"
katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan