MALAYSIAKINI
PAS akan mengambil sikap 'tunggu dan lihat' cadangan penubuhan pakatan
baru pembangkang yang dilaporkan akan ditubuhkan tidak lama lagi.
Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, "Tunggu ia tubuh
dulu (sebelum beri komen)..silap-silap mati dalam kandungan atau keluar
cacat, mana kita tahu," katanya sinis.
Beliau berkata adalah pramatang untuk mengulas penubuhan pakatan baharu itu memandangkan ia belum direalisasikan.
"(Pakatan baharu pembangkang) Tidak tubuh lagi...siapa yang hendak tubuh
dan siapa yang terlibat, kita tidak tahu lagi," katanya.
Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan mengulas kenyataan
Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa sebuah pakatan baru pembangkang yang
akan bekerjasama dengan semua kumpulan progresif akan ditubuhkan tidak
lama lagi.
Anwar, yang juga ketua umum PKR dilaporkan dalam kenyataan menerusi
peguamnya, sedang berusaha ke arah mengukuhkan pakatan yang akan
merangkumi semua kumpulan progresif, termasuk pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) seperti gabungan BERSIH, Abim, Ikram dan Gerakan Harapan Baru yang
bakal ditubuhkan.
Penubuhan pakatan baru pembangkang itu dikatakan tidak melibatkan PAS.-Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan