sakmongkol.blogspot.com
Atau- every aspect of the defense of Najib is an accumulation of lies and courtier propaganda.
Kita sudah tahu
kerajaan telah menyekat akses kepada portal berita Sarawak Report. Rahman
Dahalan menteri perumahan dan pembela Najib nombor wahid, mempertahankan
tindakan kerajaan.
Dengan jawatan
pengarah komunikasi stratejik nya, Rahman Dahalan segera menggerhanakan
pengampu2 lain seperti speaker Sabah- Salleh Said Keruak dan pemimpin2 kelas 3 cheap matinee wayang gambar UMNO.
Dia menyebut
perihal patutnya tindakan tersebut kerana Sarawak Report menyiarkan berita
palsu dan fitnah. Bagaimana dia sampai kepada konklusi ini? Kita cabar dia- buktikan kepalsuan dan fitnah tersebut.
Respons yang
dilakukan oleh Rahman Dahalan dan
Menteri Penerangan Sahabery Chik- adalah response thuggish dari orang yan bersikap gangster sebab mereka ada kuasa.
Kuasa fisikal
mereka ada tapi kuasa meyakinkan minda, tidak ada.
Atas asas apa
Rahman Dahalan membuat konklusi demikian? Atas pengakuan seorang yang orang
Sarawak tahu tak boleh pakai- bernama Lester Melanyi . ini dalil Rahman
Dahalan.
Tapi tidak
mengapa- kebodohan bukan suatu jinayah. Kita biarkan lama mana labu Rahman
Dahalan boleh bertahan. Kita biarkan Rahman Dahalan tenggelam dengan labu2 nya.
Malah jika Rahman fumble, pemimpin
UMNO lain menyukai nya.
Kita tahu UMNO- kalau
mereka tidak kelahi dengan parti lain, mereka
kelahi sesama sendiri.
Point yang saya
hendak buat- ialah betapa terdesaknya kerajaan mahu mempertahankan bangkai
gajah mereka dengan nyiru pembohongan dan betapa mudah nya kerajaan melalui
kuasa yang mereka ada menipu rakyat.
1MDB bukan
cerita ciptaan dan rekaan. Ia bencana yang dibawa oleh Najib yang bersekongkol
dengan Cina yang bernama Jho Low. Itu sebab nya saya suka ulangi dusta yang
UMNO sibarkan;
UMNO suruh kita
yang tidak ada apa2 ini berkelahi dengan orang Cina biasa- seperti budak2 yang
buat kacau di Lowyat dan Berjaya Times Square- tapi pemimpin atasan tidur sekatil
dengan orang atasan Cina.
Inilah senang
nya bangsa Melayu kena tipu oleh pemimpin atasan UMNO. Kalau kita cungkil, kita
akan dapati setiap pemimpin atasan UMNO ada partner cina. Tapi orang awam
Melayu dihasut membenci dan berkelahi dengan orang awam cina.
1MDB dan isiu2
berbangkit darinya termasuklah manipulasi Jho Low seorang Cina yang konon sangat
dibenci oleh UMNO itu, adalah suatu malapetaka besar. Ini malapetaka yang
dibikin oleh Najib Razak.
Sudah terang dan
nyata- ada banyak yang tidak kena dengan 1MDB. Sudah berapa kali auditor bertukar
dan bagaimana auditor tak berani memberi
lapuran tanpa ingatan kelayakan?
Dan berapa kali
lapuran audit 1MDB gagal disiapkan dalam masa yang ditetapkan kerana banyak nya
tahi yang dibikin oleh Jho Low dan Najib disana dan mungkin juga campurtangan
Rosmah Mansor; berapa kali 1MDB yang dikatakan kaya dengan harta tapi tidak mampu
membayar faedah keatas pinjaman, dan berapa kali faedah pinjaman tidak mampu
diayar?
Saya tidak fikir suatu pembayaran yang
dikatakan dipinjam dari Ananda Krishan berlaku sebenarnya- bahkan yang membayar
faedah iu ialah kerajaan sendiri. Dan kalau kerajaan bayar- itu duit rakyat
yang mesti dipertanggung-jawabkan oleh kerajaan. Dan mengapa kerajaan memberi
pinjaman kecemasan hampir RM1 billion kepada 1mdb kalau 1MDB tidak ada masaalah?
Nah sekarang kita
didedahkan pula oleh tuduhan yang akan didapati benar nanti iaitu RM2.6 billion
disalurkan kedalam akaun Najib. Dan pembelaan yang Najib boleh buat ialah duit
itu tidak dia pakai untuk sendiri pakai.
Itu tidak patut
dipedulikan. Yang patut dipedulikan ialah duit awam masuk dalam akaun peribadi.
Ini money laundering. Ini mungkin CBT duit kerajaan. Ini suatu salahlaku PM
yang boleh dihukum lokap.
RM2.6 bilion
untuk kempen PRU UMNO? Ertinya duit RM2.6 billion itu membiayai kempen UMNO dan
BN untuk menang pilihanraya. Ini menjadikan kerajaan yang UMNO bina ialah
kerajaan yang dibina atas rasuah, budaya rasuah dan oleh perasuah. Ini bukan sebuah
kerajaan yang boleh dibanggakan oleh bangsa Melayu.
Dan itu tidak
mengherankan sebab itulah rasmi Najib sebenarnya. Merasuah penentang dan orang awam supaya terus menyokong nya dan
memsabsidi lifestyle bergentayangan dan poya2 nya.
Darah yang
mengalir dalam badan Najib bukan darah pahlawan. Ianya darah bugis yang suka pesta,
seronok dan mengatur komplot dalam istana. Bukan boleh dibangga pun.
Sebab itu, saya
amat meluat bila Najib membanggakan susur galur keturunan nya. Cuba tanya Najib
untuk menamakan 10 orang saudara terdekat nya di Pekan kalau dia tahu. Orang Pekan
janganlah bengap sangat- semua orang tahu kepedulian Najib untuk saudara mara
nya di Pekan adalah minima. Dia lebih mendahulukan saudara mara nya dari negeri
Johor.
Dan apa peranan
yang dimainkan oleh keturunan Dato Shabandar dalam sejarah Pahang? Kalau kita baca
sejarah Pahang yang ditulis oleh orang Melayu atau oleh W. Linehan, kita lihat
shahbandar tidak ada peranan besar pun dalam membentuk negeri Pahang.
Semasa perang
saudara yang menabalkan keturunan Sultan yang ada hari ini, ada kita jumpa
peranan shahbandar? Tidak ada – hanya bila kumpulan Tok Gajah, Bahaman dan Mat
Kilau dan pemimpin pemberontakan lain mahu diusir oleh British barulah nama shahbandar
muncul. Iu pun dalam peranan menyegerakan penyinkiran kumpulan Tok Gajah.
Dan shahbandar
melakukan demikian mungkin untuk menyingkirkan saingan dalam hairaki istana. Kalau
Bahaman, Tok Gajah dan pembesar lain ditepikan- maka pendakian shahbandar dalam
susun-atur istana Pahang lebih dipermudahkan.
Semasa tok gajah
dan para pemimpin dalam kumpulan nya bertombak, berlembing,berparang dan bertikaman
dengan British dan tali barut British, dimana shahbandar? Mungkin berserosonok
dan berpoya poya dalam istana.
Keturunan macam
ini yang mahu dibanggakan oleh orang Pahang?
Semua ini sebahagian dan pengkisahan untuk membina mitos untuk Najib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan