Rabu, 15 Julai 2015

'RCI Low Yat', DAP mohon jumpa PM

MALAYSIAKINI


 


Lim Kit Siang menyatakan hasrat untuk bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan cadangan penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat isu rusuhan Plaza Low Yat.

Pemimpin popular DAP itu berkata permintaan itu dibuat kerana isu itu sangat penting untuk mencari kebenaran dan mendamaikan keadaan.

Beliau bercakap demikian dalam sidang media di pusat jualan barangan elektronik itu di Kuala Lumpur hari ini.

Lim ditemani Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan anggota Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun dalam lawatan itu.

“Pendamaian supaya kita boleh bekerja berdasarkan rangka dasar pendamaian untuk semua orang, untuk bersama-sama sebagai rakyat Malaysia,” kata Lim.


Tiada ulasan: