Ahad, 12 Julai 2015

Putus hubungan dengan DAP: Pas Selangor tunggu arahan

 
Kerjasama antara Pas-DAP dalam kerajaan Selangor diteruskan sehingga arahan dikeluarkan oleh Jawatankuasa kerja Pas Pusat.
Iskandar Abdul Samad



PETALING JAYA: Pas Selangor menunggu arahan rasmi daripada Pas Pusat berhubung kerjasama dalam Kerajaan Selangor susulan keputusan Majlis Syura Ulama yang membatalkan tahaluf siasi dengan DAP.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, selagi arahan rasmi tidak dikeluarkan maka pihaknya akan meneruskan kerjasama sedia ada dalam kerajaan Selangor.

“Kami mengesahkan hubungan dan kerjasama dalam kerajaan negeri berdasarkan jawatan EXCO, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Majlis dan ketua kampung. Kerjasama ini diteruskan demi memegang amanah rakyat,” katanya menerusi kenyataam di Facebook.

Iskandar berkata, keputusan Majlis Syura Ulama itu telah pun dimaklumkan kepada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat mengikut situasi politik semasa.

Setiausaha Majlis Syura Ulama, Dato’ Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh pada Sabtu mengumumkan tahaluf siasi dengan DAP dibatalkan kerana tindakan-tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP yang mengecam dan melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat (PR).

Malah, DAP juga sering kali campur tangan dalam soal aqidah, dasar dan matlamat Pas.

Bagaimanapun, Pas tetap mengekalkan tahaluf siasi bersama PKR.

Tiada ulasan: