MALAYSIAKINI
PKR hari ini mengumumkan memulaukan semua program sambutan hari raya anjuran BN di peringkat kebangsaan dan negeri.
Presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail berkata tindakan itu diambil
sebagai tanda bantahan terhadap sabitan dan hukuman penjara terhadap
pemimpin utama mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Azizah dalam kenyataannya hari ini terus menegaskan bahawa Anwar, yang
disabitkan kesalahan meliwat bekas pembantunya, sebenarnya seorang
tahanan politik.
“Pada ketika ketidaktentuan hala tuju ekonomi dan urus tadbir kerajaan
kian meruncing, walhal pemimpin demokratik yang sah yang telah dipilih
rakyat melalui undi popular masih terpenjara.
“Sebagai tanda protes terhadap sabitan dan pemenjaraan Saudara Anwar
Ibrahim, PKR akan memboikot kesemua program anjuran BN di peringkat
nasional dan negeri,” kata Azizah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan