SINAR HARIAN
KUALA TERENGGANU - Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu (BPPNT)
menyokong penuh keputusan Majlis Syura Ulamak parti itu yang memutuskan
untuk menamatkan tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan DAP.
Pesuruhjayanya, Satiful Bahri Mamat berkata, PasTerengganu juga
bersedia menghadapi sebarang risiko yang akan tercetus hasil keputusan
itu dan akan terus berpegang teguh dengan prinsip perjuangan Islam yang
didokong selama ini.
"Diharap semua pimpinan dan ahli di peringkat akar umbi berlapang dada
dengan keputusan tersebut serta dapatkan maklumat terkini dari pimpinan
Pas dari masa ke semasa.
"Kita tetap yakin bahawa perjuangan Pas tetap akan memperolehi
kemenangan dan paling penting perjuangan ini mendapatkan keredhaan
ALLAH, manakala segala rintangan yang dihadapi akan lebih mematangkan
Pas dan ahlinya," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas,
Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh mengenai pembatalan kerjasama
politik dengan DAP.
Sementara itu, badan perhubungan Pas Pulau Pinang menyeru ahli-ahlinya supaya mendokong penuh keputusan Majlis Syura Ulamak itu.
Ketua Penerangan Pas Negeri Mohd Yusni Mat Piah berkata sebagai negeri yang terlibat secara langsung dalam pembinaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang, sudah pasti keputusan majlis itu akan memberikan kesan kepada ahli dan pentadbiran negeri ini.

Katanya, ahli-ahli Pas Negeri dinasihati agar siap sedia menjalankan arahan-arahan pimpinan parti.
"Usah bertindak melulu dan terburu-buru tanpa menghiraukan arahan parti," katanya dalam satu kenyataan. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan