shahbudindotcom
Kepada Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai KBAB51 di Twitternya, sila faham dan hadam betul-betul mesej daripada bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan ini sebelum ingin meneruskan hasrat mencari pembocor maklumat dalam isu pengaliran masuk wang 1MDB berjumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib Razak sebagaimana yang didakwa oleh The Wall Street Journal.
Isu
pokok yang perlu disiasat dan dicari kebenaran bukanlah mengenai
pembocor maklumat tetapi menyiasat kesahihan maklumat itu terlebih
dahulu, lebih-lebih lagi jika ia berkaitan jenayah.
Menghebohkan
untuk mencari pembocor maklumat ketika penyiasatan isu sebenar baru
saja bermula hanya akan menjadikan keraguan orangramai lebih bertambah
terhadap fungsi pasukan petugas khas yang ditubuhkan kerajaan itu.
Begitu
juga kepada pemimpin politik dan NGO yang membuat gesaan agar dicari
serta ditangkap pembocor maklumat terbabit, mesej yang disampaikan oleh
Musa Hasan ini tentu saja merupakan pencerahan yang sebenarnya.
Terima kasih, Musa Hasan.
Keghairahan
Khalid mahu mencari pembocor maklumat ketika siasatan baru saja bermula
hanya akan menjejaskan keyakinan orahgramai terhadap pasukan khas yang
ditubuhkan kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan