KOTA BHARU - Pelajar tingkatan tiga hancur empat hujung jari kanannya kecuali jari kelingking terkena mercun buatan sendiri dalam kejadian di Kampung Kubang Palas, Wakaf Bharu, Tumpat, malam tadi.

Ibunya, Che Rosmaini Che Sulaiman, 38, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, anak kedua daripada lima beradik, Muhammad Rizaimie Zamri dikatakan bermain bersama tiga rakannya berdekatan rumah mereka.

“Dia keluar ke masjid sesudah berbuka, beberapa minit kemudian saya terdengar bunyi dentuman cukup kuat dan terkejut sebaik mengetahui tentang kejadian menimpa anak lelakinya itu.

“Saya sangkakan budak-budak kampung yang bermain mercun, dan langsung tidak menyangka anak sendiri terlibat sehingga mencederakan, saya hanya melihat kecederaannya di sini (hospital) kerana dia terus dikejarkan ke hospital oleh abang saya serta- merta,” katanya kepada media di sini, hari ini.