Khamis, 23 Julai 2015

Mahfuz masih setia dengan Pas, bukan Harapan Baru

Mahfuz Omar
Mahfuz Omar 
 
 
KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau masih setia bersama Pas dan barisan kepimpinan baharu parti itu.

"Saya masih Yang Dipertua Pas kawasan Pokok Sena, itu saja saya boleh bagi tahu," katanya dengan ringkas kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri di pekarangan Parlimen, di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu yang tewas jawatan Naib Presiden Pas pada muktamar parti itu, baru-baru ini sudah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat untuk menjaga Hal Ehwal Parlimen.

Beliau sebelum ini dikatakan lantang bersuara seperti kumpulan progresif Pas atau G18, namun Ketua Whip Parlimen Pas itu masih mendapat tempat dalam parti itu.

Ketika ditanya mengenai sebarang pelawaan Harapan Baru terhadapnya, beliau bagaimana enggan mengulas lanjut, sambil mengulangi masih mengepalai Pas Pokok Sena.

"Saya masih YDP Pas kawasan Pokok Sena, itu saja saya boleh kata," ujarnya.

Sementara itu, Mahfuz turut menyerahkan soal bai'ah atau sumpah janji setia Ahli Parlimen dan Adun yang menyertai parti Islam baharu itu kepada Pas Pusat.

"Soal bai'ah saya serahkan kepada kepada golongan ulama (kerana) ia bukan bidang saya," ujarnya.

Ditanya mengenai sebarang usaha untuk memujuk wakil rakyat Pas dalam kumpulan G18 agar kembali setia kepada parti itu, beliau bagaimanapun berkata kepimpinan baharu perlu melakukan sesuatu dengan segera.

"Saya tak boleh kata apa-apa, apa yang berlaku kepada melibatkan kepimpinan sekarang terpulang kepada mereka apa yang harus mereka lakukan," katanya lagi.


3 ulasan:

fazurybeuteq berkata...

alhamdullilah ,teruskan Mahfuz.mungkin kau rasa itu yang terbaik bagi kau,kiat tidak bolih memaksa ,sebab semua orang dah tua yang dapat membezakan yangman baik yangmana kurang baik ,itu aje,aku doakan semoga allha memberi kecmerlangan pada GHB,cuma aku harapkan mahfuz jangan mengekori sehingga tarikh terakhir sebab itu tidak sesuai bagi dai sebabagi seorang peminpin,INGAT

cikmatgelap berkata...

tak ngapa klu takat tak ramai yg sokong golongan yg memperjuangkan perjuangan rakyat ini,kerana nabi dah kata islam tu terbahagi 73 golongan di akhir zaman ,72 masok neraka tapi hanya satu golongan aje yg masok syurga.....tu le dia yg nabi beritahu....walau pun tak ramai yg ikut memperjuangan kebenaran...walau pun ghb cuma 18org,termasuk aku sorang jadi 19org....mudah2an akan ramai bersama bila perjuangan pro itu berada di ambang kebenaran...insyaALLAH....ALLAHUAKBAR

IrWrWs berkata...

Tak yah merajuk lah.. DAP akan membantu.. no worries..