MALAYSIAKINI
MP Shah Alam Khalid Samad berkata PAS sepatutnya mengadakan mesyuarat
untuk memutuskan nasib kumpulan progresif dalam PAS yang menyertai
Gerakan Harapan Baru (GHB).
"Para pemimpin memberi pandangan dan komentar yang berbeza. Tiada makna (untuk kami mengulas setiap daripada mereka).
"Saya minta mereka mengadakan mesyuarat dan membuat satu pendirian
rasmi," kata Khalid yang ditemui di majlis rumah terbuka Parlimen hari
ini.
Beliau menjawab soalan berhubung kenyataan
Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz semalam yang berkata bahawa wakil
rakyat PAS terikat dengan bai'ah jika berhasrat mahu keluar parti.
Khalid bagaiamanapun sumpah yang dikrar pada 2008 melibatkan
"menceraikan isteri" tetapi ia tidak diperbaharui sebelum pilihan raya
umum 2013.
"Parti yang melanggar bai'ah, bukan kami," katanya sambil menambah PAS lari daripada landasan perjuangan Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan