BANGKOK: Warganegara Switzerland, Xavier Andre Justo, yang mengaku
memeras ugut bekas majikan PetroSaudi International Ltd. (PetroSaudi),
mungkin terbabit dalam pengubahan wang haram apabila dia menjual salinan
dokumen sulit kepada sebuah kumpulan media, menurut polis Thailand.
Kaedah pembayaran dalam pembelian maklumat itu merupakan kaedah
pengubahan wang haram kerana pembayaran berlaku di sebuah pulau di mana
mereka berpura-pura membeli sebuah syarikat dan menggunakan baki wang
daripada (kononnya) pembelian syarikat untuk membayar Justo, kata
jurucakap Polis Diraja Thailand, Pol Lt Gen Prawut Thavornsiri.
"Kami mempunyai bukti daripada rundingan mengenai di mana untuk
membayar wang itu. Semuanya berlaku di Singapura," katanya kepada
pemberita di sini, semalam.
Isu ini adalah tentang menjejaskan kerajaan sebuah negara, katanya tanpa menamakan mana-mana negara tetapi dipercayai Malaysia.
Katanya polis Thailand juga mendapati maklumat itu digunakan oleh
sebuah kumpulan untuk menyebabkan 'kerosakan' di negara jiran dan
kumpulan ini dikaitkan dengan media besar negara jiran dan turut
dikaitkan dengan bekas tokoh politik di negara jiran.
"Mereka berkomunikasi (sesama mereka) menerusi e-mel, WhatsApp. Kami mempunyai semua dokumen...setiap perbualan," katanya.
Beliau turut membangkitkan kemungkinan kumpulan ini yang membeli
salinan dokumen asal kemudian telah mengubahsuainya berikutan wujud
perbezaan maklumatberbanding maklumat asal dalam e-mel yang dicuri oleh
Justo.
Katanya Justo telah membuat pengakuan dan ini telah banyak membantu
siasatan kes dan dia juga membantu kami menjalinkan hubungan dengan
orang lain yang diahubungi berdasarkan maklumat seperti tarikh dan masa
temu janji dan lokasi pertemuan.
"Apabila kami meneliti dengan apa yang dia sebut, kami dapati ia adalah
betul. Misalnya, temu janji di hotel, tarikh ketibaan dan pelepasan
individuyang menyertai kumpulan itu. Kami juga mendapat maklumat
perjalanan di Thailand dan negara-negara asing," katanya.
Menurutnya polis Thailand mendapat semua maklumat daripada Justo untuk
membolehkan mereka melakukan siasatan dengan lebih lanjut.
Sementara itu, Ketua polis Thailand, Pol Gen Somyot Pumpanmuang berkata
kes itu melibatkan pelbagai bidang kuasa kerana walaupun kesalahan
berlaku di Thailand, perniagaan syarikat ini (PetroSaudi) melibatkan
banyak negara.
"Ini adalah isu yang amat sensitif yang menjejaskan politik sebuah
negara jiran, katanya, sambil menambah Justo menyalurkan maklumat kepada
seseoranguntuk digunakan bagi menjejaskan keadaan politik di sebuah
negara jiran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan