MALAYSIAKINI
Kesatuan Antara Parlimen (IPU) yang mewakili ahli parlimen dari seluruh
dunia meminta bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan
rawatan perubatan yang sewajarnya.
Gesaan itu dibuat berikutan laporan Anwar kini dipercayai mempunyai ketumbuhan sebesar 4 sm di buah pinggangnya.
"Dalam misi tiga hari IPU... kita maklum tentang masalah kesihatan Anwar
dan turut menggesa supaya pihak berkuasa membenarkan rawatan susulan
yang diminta oleh pihak doktor pada awal Jun selepas Anwar menjalani
rawatan di hospital," kata IPU itu dalam kenyatan medianya.
Lawatan rasmi IPU selama tiga hari berakhir pada Rabu lalu dan antara
agenda mereka ialah mengadakan lawatan menemui Anwar di Penjara Sungai
Buloh.
Perkara berkenaan dibangkitkan IPU kerana mereka bimbang terhadap
ketumbuhan Anwar di buah pinggang bekas timbalan perdana menteri itu.
Malah, IPU juga melahirkan kebimbangan sekiranya Anwar tidak dibenarkan untuk berhubung dengan banduan lain.
Sehari sebelum IPU melengkapkan misi itu, Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak juga meminta supaya pihak berkuasa berkaitan memastikan
Anwar menerima rawatan perubatan yang sewajarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan