Rabu, 15 Julai 2015

Hudud: Gerakan Harapan Baru guna pendekatan lebih bijak berbanding Pas

 
Pas dikatakan mengguna pendekatan tidak bijak dan terlalu tergesa-gesa untuk melaksanakan hudud.


SUHAIZAN-KAIAT


 PETALING JAYA: Parti baru yang akan ditubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB) bakal menggunakan pendekatan berbeza dalam memperjuangkan hukum hudud.

Penolong Setiausaha GHB, Suhaizan Kaiat berkata, berbeza dengan Pas, parti baru itu akan mengunakan pendekatan kebijaksanaan dalam memperjuangkan hudud terutamanya ketika penerangan kepada pihak lain.

“Kebijaksanaan Harapan Baru ini dari segi syariat, kita perlu memahami ruang dan peluang yang ada bukannya kita buat tanpa memikirkan dengan bijaksana.

“Kita juga akan menggunakan kebijaksanaan dari segi perbincangan dengan semua pihak bukan sahaja DAP, sebelum hudud dirancang untuk dilaksanakan,” katanya kepada FMT.

Suhaizan yang juga bekas Ketua Pemuda Pas berkata, tindakan Pas untuk melaksanakan hudud adalah terlalu tergesa-gesa tanpa memikirnya secara mendalam.

“Apa yang dibuat Pas tidak cukup masak, terlalu cepat buat keputusan untuk laksana hudud,” katanya.
Sebelum ini, Pengerusi GHB, Mohamad Sabu berkata, mereka akan terus meletakkan pelaksanaan hukum hudud sebagai satu asas perjuangan.

“Hudud adalah sebahagian dalam syariat Islam. Kita perjuangkan ia dalam Parlimen dan perbincangan . Sebab kami tidak boleh pisahkan ia, itu terkandung dalam ajaran Islam,” katanya ketika pelancaran GHB pada Isnin.

Tiada ulasan: