Khamis, 23 Julai 2015

Gesa MP, Adun sertai Harapan Baru kosongkan kerusi

Mohd Khairuddin Othman
 
 
SHAH ALAM - Pas Selangor mendesak mana-mana ahli Parlimen atau Adun negeri ini yang mahu berpindah parti segera membuat pengisytiharan dan mengosongkan kerusi yang dimenangi atas tiket Pas.
 
Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada Pas Pusat dalam menentukan tindakan yang bakal dikenakan ke atas pemimpin yang melompat parti.
 
“Pas Selangor mendesak mana-mana Adun atau MP di Selangor yang mahu berpindah parti supaya berani mengisytiharkan diri dan mengosongkan kerusi yang dimenangi atas tiket Pas.
 
“Mengapa terlalu lama untuk isytiharkan diri keluar dari Pas? Kenapa perlu berselindung? Apa saja bentuk tindakan yang bakal di ambil terhadap Adun dan MP yang melompat, Pas Selangor menyerahkan sepenuhnya kepada Pas Pusat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
 
Pada 13 Julai lepas, beberapa pemimpin kanan Pas daripada kumpulan progresif parti itu yang tewas dalam pemilihan parti melancarkan Harapan Baharu bertujuan menyatukan semula parti politik pembangkang.
 
Antara yang dikatakan hadir pada majlis itu adalah Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad, bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud dan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib. 
 
Mengulas soal kenyataan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebut soal perancangan untuk membentuk Pakatan yang baharu dengan kerjasama Harapan Baru itu, Pas Selangor menyifatkan ia tidak menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri sedia ada.
 
“Berhubung kenyataan Anwar Ibrahim tentang pembentukan Pakatan Baru, Pas Selangor melihat ia tidak akan menjejaskan pentadbiran Kerajaan yang sedia ada. Kita akan terus kekal dalam Kerajaan Selangor yang ada,” katanya.
 
 

1 ulasan:

Unknown berkata...

akhirnya PAS selangor akan buat hadi awe panas dubur

kerana PAS selangor akan terus kekal dlm pentadbiran selangor
bermakna PAS selangor terpaksa berbaik2 dgn PKR dan DAP juga

itu tkde masalah bagi DAP dan PKR selangor.

itu hanya mengesahkan yg DAP putus hubungan dgn presideng PAS
dan bukan dgn PAS.

yg putuskan dgn DAP seluruhnya ialah PAS

hadi yg heret masalah peribadi kpd keretakan PR