Rabu, 22 Julai 2015

DAP tidak nafi akan sumbang dana kepada GHB

 
DAP menyokong perjuangan GHB yang berpaksi kepada Islam sederhana dan inklusif dan disertai kumpulan progresif bukannya ulama.


lim-kit-siang_harapan_pkr_600



KUALA LUMPUR: DAP tidak menolak dakwaan parti itu akan menyalurkan dana kepada Gerakan Harapan Baharu (GHB) untuk menubuhkan parti baru bagi menggantikan Pas.

Ini kerana, DAP menyokong perjuangannya yang berpaksi kepada Islam sederhana dan inklusif di samping pemimpin yang terlibat dalam GHB adalah kumpulan progresif bukannya ulama.

Bagaimanapun, penasihat DAP, Lim Kit Siang memberitahu, isu itu tidak perlu diperbesarkan.

“Kita sendiri perlu dana, siapa yang hulur tangan untuk menderma kita terima. Kita beri dana kepada sesiapa itu tidak perlu dibangkit,” kata Pengerusi DAP, Lim Kit Siang pada majlis Rumah Terbuka Parlimen di perkarangan Bangunan Parlimen pada Rabu.

Sebelum ini, Pengerusi GHB, Mohamad Sabu menegaskan GHB tidak menerima sumbangan dana daripada DAP.

Mengulas pembentukan muafakat pembangkang yang baru bagi menggantikan Pakatan Rakyat, Kit Siang berkata, ia masih di peringkat perbincangan yang akan menggabungkan PKR, DAP dan GHB.

Tiada ulasan: