Selasa, 21 Julai 2015

Berang Ketua UMNO Bagan dikutuk, IRIMM buat laporan polis

 
Komen-komen berbaur perkauman yang disiarkan portal berita dikhuatiri menjejaskan keharmonian negara.


amir_bagan_umno_polis_mskini_600



KUALA LUMPUR: Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa polis mengambil tindakan terhadap komen-komen dalam portal MalaysiaKini yang berbaur perkauman.

Presiden IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay memberi contoh komen-komen yang ditulis berdasarkan artikel ‘Ketua UMNO Bagan bebas dengan jaminan polis’ yang menghina dan mencaci keturunan Mamak.

“Perkataan-perkataan seperti, “Telegu Nahi”, “Telukan”, “Mamak Celup”, “Paria” dan bermacam-macam lagi perkataan digunapakai merujuk kepada Ketua UMNO Bagan yang kami khuatir boleh menggugatkan keharmonian negara,” kata Amir yang ditemui selepas membuat laporan polis di Balai Polis Dan Wangi terhadap komen-komen di portal itu.

Beliau juga memberikan beberapa contoh komen lain berbaur perkauman yang dalam portal itu, antaranya;

“UMNO tak sedar banyak kuasa dah diberi kepada “Mamak Celup Melayu”.. Satu hari nanti.. Celup jenis ini akan telah semua kuasa orang Melayu.. Bila dah menguasai ekonomi.. Kuasa politik tak jadi masalah nak control..,” tulis Panah Hijau.

“Wow rupanya sekarang UMNO sudah ada banyak mamak, patut la UMNO jaga mamak,” tulis Kenji Lim Wai.

“Muka gangster Dari party mana? Party Mamak Malaysia”,” tulis George Ngc.

Tegasnya, semua kenyataan yang dibiarkan dipapar dalam ruang komen portal MalaysiaKini dianggap tidak mempedulikan perasaan atau sensitiviti kaum yang akan membawa padah kepada keharmonian negara.

Justeru, Amir menyeru agar pihak polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang memuatnaik komen menghina sesuatu kaum di negara ini.

Tiada ulasan: