Isnin, 20 Julai 2015

Bas ekspres terbabas masuk gaung

SINAR HARIAN


kemalangan
Gambar hiasan


RAWANG - Sebuah bas ekspres yang membawa lima penumpang terbabas masuk ke gaung dipercayai akibat kegagalan pemandu mengawal kenderaan tersebut dalam keadaan cuaca hujan lebat, di Kilometer 436 Lebuhraya Utara Selatan, dekat sini, pagi tadi.

Kejadian kira-kira 6.30 pagi menyebabkan lima penumpang termasuk pemandu serta pembantunya berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan R Supramaniam berkata, dipercayai bas yang membawa penumpang dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur terbabas ke sebelah kiri jalan sebelum menjunam ke gaung sedalam beberapa meter.

"Siasatan awal mendapati pemandu berusia 44 tahun tersebut gagal mengawal bas berkenaan yang ketika itu berada dalam cuaca hujan lebat," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Tiada ulasan: