Ahad, 12 Julai 2015

Anwar dirawat di Hospital Besar Kuala Lumpur

KEADILAN DAILY

 

Anwar 7mmm


KUALA LUMPUR  : Keluarga Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim dimaklumkan tokoh reformasi itu sekali lagi dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur(HKL) setelah peguam mendakwa keadaan kesihatannya membimbangkan.

Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, Anwar dijangka menerima rawatan lanjut dan dijangka ditahan beberapa hari.

“Beliau akan diberi rawatan fisioterapi intensif untuk kesakitan di bahagian bahu, tekanan darah beliau akan dipantau, dan (imbasan) CT scan akan dibuat ke atas buah pinggang beliau,” kata Fahmi.

Isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga ketua pembangkang juga telah bertemu dengan Anwar.

Anwar antaranya dikatakan mempunyai masalah ketumbuhan 4cm di buah pinggang,susut berat badan 6 kilogram, otot bahu terkoyak serta masalah artritis kronik.

Peguam juga mendakwa pemeriksaan ketika ditahan di hospital sama sebelum ini tidak mencukupi.

Tiada ulasan: