Isnin, 25 Ogos 2014

Sultan dijangka temui Azizah lepas MB

MALAYSIAKINI


 


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dijangka menerima menghadap Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail selepas menteri besar Selangor berbuat demikian esok.

Ketika ditemui di Mahkamah Kuala Lumpur, Anwar memberitahu pihaknya telah menghantar surat untuk memohon menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah minggu lepas.

Katanya lagi, pihak istana turut mengesahkan menerima surat tersebut.

"Istana telah mengakui menerima surat kami tetapi Tuanku perlu melalui proses menerima menghadap dengan menteri besar dahulu dan kemudian Wan Azizah,” kata ketua umum PKR itu.

Menurut Anwar (kanan) lagi, beliau bagaimanapun tidak tahu bila pihak istana akan menemui Wan Azizah.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memaklumkan, beliau akan menghadap sultan Selangor esok berhubung kedudukannya sebagai menteri besar.

Sultan telah pulang daripada kunjungan ke Eropah.

Pertemuan itu penting bagi menyelesaikan krisis pentadbiran negeri selepas PAS menarik balik sokongan terhadap Khalid selepas dipecat daripada PKR.

Tiada ulasan: