Isnin, 11 Ogos 2014

Seorang Lagi Wanita Dipanggil Bantu Siasatan Kes Sukan Bogel

RAKYATNEWS


alt

 

KEPALA BATAS  - Seorang wanita berusia 24 tahun dari Perak dipanggil polis untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes sukan bogel di Pantai Teluk Kampi, Teluk Bahang baru-baru ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, wanita tersebut merupakan pekerja swasta di Kuala Lumpur dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya pada Sabtu lalu.

"Wanita itu memberi keterangan selama dua jam dan dibebaskan dengan jaminan polis selepas itu.

"Setakat ini kita telah merakam 18 percakapan saksi termasuk yang terbaharu seorang pemandu pelancong," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, berdasarkan siasatan polis percaya tujuh rakyat tempatan yang terlibat dalam pesta sukan bogel itu masih berada dalam negara.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mereka supaya tampil membantu selain meminta individu terlibat tampil menyerah diri.

Tiada ulasan: