Selasa, 5 Ogos 2014

Saifuddin minta Khalid jangan terburu-buru kemuka saman

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diminta untuk tidak bertindak terburu-buru mengambil tindakan undang-undang berhubung dakwaan salah guna kuasa yang dilakukannya, seperti yang didedahkan semalam.
 
Setiauasaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam pada itu menasihatkan menteri besar dua penggal itu agar meneliti perenggan demi perenggan pada setiap muka surat yang mencatatkan alasan kenapa beliau perlu berundur daripada jawatannya sekarang.
 
Selepas berbuat demikian, kata Saifuddin, beliau mengalukan Khalid untuk memulakan proses saman.
 
"Saya hormati hak beliau untuk buat penafian dan kemukakan saman, tetapi beliau perlu teliti dahulu nota tersebut secara terperinci.
 
"Jika ada elemen yang membolehkan beliau untuk memulakan proses saman, saya bersedia dan mengalu-alukan tindakan tersebut," katanya yang dipetik mStar Online.
 
Saifuddin dalam sidang media semalam berkata parti itu akan memberikan penjelasan bertulis kepada pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mengenai dalil Tan Sri Khalid Ibrahim sudah hilang kewibawaan sebagai Menteri Besar Selangor dan patut diganti dengan presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 
 
Antara pendedahan yang dikatakan terkandung dalam nota tersebut termasuk dakwaan hutang Khalid sebanyak RM66.67 juta (AS$18 juta) dengan Bank Islam untuk membeli saham syarikat dan penjualan tanah milik kerajaan negeri Selangor oleh Khalid kepada EcoWorld dengan harga lebih murah daripada nilai pasaran untuk projek pembinaan rumah.
 
Saifuddin berkata PKR gagal mendapatkan penjelasan daripada Khalid sungguhpun Menteri Besar itu diminta berbuat demikian berulang kali.
 
Khalid lewat petang semalam walau bagaimanapun menyangkal tuduhan berkenaan dan menyifatkannya sebagai fitnah dan berniat jahat, justeru tidak menolak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pemimpin dalam PKR susulan tuduhan yang dilemparkan kepadanya. 
 
Khalid dalam pada itu juga mencabar Saifuddin supaya melaporkan kepada SPRM dan Bank Negara dengan segera bagi membuktikan tuduhan ke atas dirinya benar.

3 ulasan:

XUMNO berkata...

Cei Saifuddin. Kenapa panik sekarang? Awak sedap2 buat tuduhan terhadap Khalid, sekarang kenapa takut nak masuk mahkamah? Berhujahlah di mahkamah. Atau kamu buatlah aduan kepada SPRM. Rakyat tahu kalau pemimpin Pakatan ada kes hari ini, semalam SPRM dah bertindak. Khalid dah 5 tahun lebih jadi MB, tak kan umno tak sedar kalau ada berlaku salahguna kuasa. Sedangkan Anwar, boss awak dulu kena atas tuduhan salahguna kuasa. Jadi tindak tanduk kamu nampak macam mainan budak2 kecik tuduh sana tuduh sini.

Mordechai Kuchai berkata...

Anwar semakin hilang akal. Guna cara dan orang macam macam padahalnya dia.

PKR dalam situasi yang tidak memerlukan kebijaksanaan kerana mereka telah memilih jalan bodoh.

MB 'dilantik' sultan. Kalau sultan tak berkenan kena hantar lagi nama lain sampai sultan berkenan.

Ini bukan percaturan PKR saja, ianya melibatkan komponen PR. Kalau majoriti setuju baru boleh tukar. Dibuatnya UMNO dan PAS setuju Khalid amcam?

Anwar bodoh, sebab tu tak jadi PM tapi Anuwar tak faham faham petunjuk tuhan beri.

CHE LAH berkata...

Dalam PKR terlalu ramai orang yang pandai .. pandai berkata-kata. Bila PAS minta bukti konkrit,bukan spekulatif .. Kantoi.Buat sesuatu tindakan tanpa berbincang rakan PR. Sekarang nak alihkan kesilapan PAS dengan mencanang PAS tiada setiakawan dan lembab. Tengok salah diri sendiri dahulu.