Ahad, 24 Ogos 2014

Perwakilan tegur PKR tidak menyerlah isu Palestin

SALMIYAH HARUN


SHAH ALAM: Perwakilan PKR dari Terengganu menegur partinya yang agak kebelakang dalam menangani isu umat Islam di Palestin berbanding rakan mereka iaitu PAS.

Wakilnya Azlan Che Mat berkata, PKR harus bersama-sama dengan rakan Pakatan Rakyat dalam isu Palestin yang mendapat perhatian seluruh dunia.

"Mungkin kita ada bersama tetapi tidak menyerlah seperti PAS. PAS cerdik, dia dah ke depan kita masih di belakang sedikit.

"Sepatutnya dalam hal ini, kita kena lancar tabung untuk Gaza dalam kongres hari ini,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan  usul antarabangsa yang dikemukakan oleh Angkatan Muda Keadilan Pusat di Kongres Keadilan PKR ke-10 semalam.

Terdahulu, wakil AMK menyifatkan keganasan dan jenayah bukan sahaja berlaku di negara Islam bahkan ianya telah lama berlaku  kepada Ketua Umun PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak tahun 2008. - HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: