Balik
Pulau: Polis menahan seorang wanita berusia 34 tahun yang juga peserta
Pesta Sukan Bogel Pulau Pinang 2014 bagi membantu siasatan.Wanita
terbabit yang dikenali sebagai Ellen dan bekerja sebagai guru muzik
ditahan kira-kira jam 10 malam tadi di kawasan Bayan Baru.
Ketua
Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, wanita
terbabit dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan.
Menurutnya,
polis juga sudah mengenal pasti penganjur dari Malaysia iaitu Chew Tok
Hwa, 57, yang berasal dari Sungai Petani, Kedah.
“Hasil siasatan mendapati wanita itu adalah bekas guru yang mengajar Bahasa Inggeris di sebuah sekolah swasta di negeri ini.
“Kita
sedang menjejaki wanita terbabit dan seorang lagi lelaki iaitu penganjur
dari Singapura, Albert Yam,” katanya pada sidang media di pejabatnya,
sebentar tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan