Oleh Wan Anis Ilyani W. M. Azhar dan Shuhaniza Said
SHAH ALAM: PAS tidak akan menuntut ADUN PAS dilantik untuk mengisi enam
kekosongan kerusi exco Selangor, kata Pesuruhjaya PAS negeri itu,
Iskandar Abdul Samad.
"PAS tidak akan menuntut ADUN-ADUN PAS dilantik sebagai exco," ujarnya melalui aplikasi WhatApps kepada Antarapos.
Semalam Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memecat enam
exco yang mewakili DAP dan PKR kerana didakwa cuba 'mengurangkan
kecekapan' badan tertinggi itu.
Tindakan itu diambil setelah tiga exco masing-masing DAP dan PKR
mengeluarkan kenyataan bahawa mereka menganggap Khalid sebagai menteri
besar “peralihan” sementara menunggu perlantikan calon baru Pakatan
Rakyat untuk mengisi jawatan itu.
Mereka juga bertekad untuk tidak berjumpa dengan Khalid kecuali pada
mesyuarat rasmi exco “untuk mengelakkan sebarang perbincangan mengenai
kedudukan parti masing-masing.”
Iskandar dalam pada itu menegaskan kesemua empat exco PAS yang ada akan
meletakkan jawatan jika Khalid bertindak melantik ADUN Umno untuk
mengisi kekosongan tersebut.
"Kami akan keluar dari kerajaan jika ADUN Umno dilantik sebagai exco.
"PAS masih berada di dalam Pakatan Rakyat. PAS akan menjaga kepentingan Pakatan Rakyat di dalam kerajaan.
"Kami masih membawa semangat Pakatan Rakyat dan berpegang kepada prinsip-prinsipnya," ujar Iskandar.
PAS telah membuat satu pengorbanan besar dengan terus berada di dalam kerajaan negeri Selangor.
"Kami lakukan supaya perancangan dan program-program kerajaan dapat
diteruskan. Supaya rakyat tidak kerugian akibat dari kemelut ini.
"Tetapi kami menghadapi risiko dituduh telah mengkhianati Pakatan Rakyat," ujarnya lagi.
PKR dan DAP semalam mendesak PAS agar memulaukan mesyuarat exco yang diadakan hari ini.
Bagaimanapun desakan itu tidak diendahkan PAS dan kesemua empat exconya menghadiri mesyuarat itu.
Ketika ditemui pemberita di lobi bangunan setiausaha kerajaan negeri
(SUK), keempat-empat exco terbabit berkata mereka berbuat demikian demi
tugas dan amanah rakyat serta memastikan kerajaan negeri tidak lumpuh
akibat krisis dalam Pakatan Rakyat.
2 ulasan:
Dengan Nama Allah SWT
Jika PAS tidak mengsyorkan atau mengutarakan Adun Adun PAS untuk mengisi jawatan EXCO yg telah di kosongkan oleh TSKI . Ini bermakna ADUN ADUN PAS tak ada kriteria sebagai pemimpin untuk mentakbir negeri Selangor ? Masa inilah PAS sepatutnya membuktikan yang PAS mampu mentakbir negeri Selangor dengan baik seperti di negeri Kelantan. Bila lagi PAS nak buktikan yang barisan ahli ADUN mereka boleh bekerja tanpa ganguan Dato Seri Anwar Ibrahim dan DAP. Kenapa PAS mesti ikut cakap DSAI dan DAP . Di Pulau Pinang tidak ada seorang pun ADUN PAS di lantik oleh DAP menjadi EXCO nya . Dan di sebabkan huru hara di buat oleh DAP dan PKR , PAS menjadi mangsa atau menjadi budak surahan DAP dan PKR sehinggakan Mantan MB PERAK saudara Nizar Jamaludin sekeluarga di malukan bagai kan tak reti buat kerja walhal Adun DAP dan PKR ( lompat Parti ke BN) yang buat taik , Parti PAS dapat malu di negeri Perak . Begitu juga di Negeri Kedah siapa yang buat onar sehingga PAS kecundang dalam pilihanraya yang lalu . Jadi tolonglah , para pemimpin tertinggi PAS , jangan jadi LEMBU DI CUCUK HIDUNG OLEH DSAI dan DAP . Inilah masanya Adun adun PAS kena usulkan kepada menteri Besar Selangor DSKI yang Adun Adun PAS mampu mengalas atau mengisi jawatan EXCO yang telah di kosongkan . Jika di Negeri Kelantan boleh di perintah dan di takbir dengan baik oleh PAS takkan di negeri Selangor PAS tak boleh ?????
Sokong sepenuhnya
Catat Ulasan