Isnin, 25 Ogos 2014

Nurul Izzah: Persempadanan semula untuk menangkan BN

Oleh: Fiza Halim


SHAH ALAM : Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, persempadanan semula pilihan raya yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya untuk memenangkan Barisan Nasional (BN).

Beliau menyatakan bahawa persempadanan semula yang dilakukan SPR memihak semata-mata kepada BN sejak Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 1999.

Nurul Izzah“Persempanan semula (hanya dibuat) untuk BN, dan jatuhkan Pakatan Rakyat, tetapi BN perlu ingat bahawa sudah menjadi sejarah BN tidak pernah menang lebih daripada 2/3 undi dalam pilihan raya,” katanya dalam ucapan penggulungan Kongres KEADILAN, di Shah Alam.

Beliau mendakwa terdapat tujuh kerusi Parlimen bakal diwujudkan di Selangor terutama di kawasan majoriti Melayu akibat persempadanan semula.

“Sekarang ada desas desus menyatakan akan diwujudkan di Selangor tujuh kerusi Parlimen yang baru. Kebanyakkannya majoriti Melayu. Ini akan merugikan kita (Pakatan Rakyat).

“Saya minta kepada KEADILAN dan juga parti komponen pakatan yang lain, kita jangan terperangkap.

“Kalau kita kekalkan sempadan yang ada, kerusi yang ada, perbaiki sempadan kemungkinan perbezaannya hanyalah lima peratus,” jelas Izzah.

Sehubungan itu, tekanan ekonomi yang bakal dirasai rakyat ekoran perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) disebabkan kerajaan gagal tangani ekonomi rakyat negara ini.

“Justeru pulang ke rumah, perwakilan dan pemerhati, pastikan cabang-cabang dijaga dan kita perlu 100 pengundi di Parlimen masing-masing, protes dengan SPR supaya persempadanan mereka itu tidak terlaksana,” katanya lagi.

Tiada ulasan: