Isnin, 25 Ogos 2014

Muhyiddin: Jadikan krisis politik Selangor pengajaran

 
Barisan Nasional sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dan berterusan dalam menyelesaikan isu rakyat khususnya berhubung krisis air


bn_300



KUALA LUMPUR: “Jadikan krisis politik di Selangor sebagai pengajaran agar Barisan Nasional (BN) menjadi parti yang lebih baik.

“Apa yang penting ialah BN sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dan berterusan dalam menyelesaikan isu rakyat khususnya krisis air di negeri Selangor,” kata Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mengibaratkan perebutan jawatan menteri besar seperti sebuah ‘drama yang panjang’, Muhyiddin turut berkata Pakatan Rakyat (PR) tidak seharusnya membiarkan masalah berlarutan.

“ Akan tetapi, kita tak mahu mengata mereka, mungkin ia satu pengajaran buat kita,” ujarnya ringkas.

Krisis yang dilihat berpunca apabila Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat daripada PKR kerana enggan akur pada arahan parti supaya berundur.

Bagaimanapun, Abdul Khalid mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk meneruskan tugasnya sebagai menteri besar.

Tiada ulasan: