Khamis, 7 Ogos 2014

MH17: Petugas bergerak ke lokasi nahas


Antara gambar petugas nahas MH17 yang dipaparkan melalui laman akaun Facebook rasmi PDRM. Antara gambar petugas nahas MH17 yang dipaparkan melalui laman akaun Facebook rasmi PDRM.


SOLEDAR - UKRAINE. Seramai 40 petugas penyiasat nahas MH17 yang diwakili oleh  Polis Diraja Malaysia (PDRM), Belanda dan Australia bergerak ke lokasi nahas pada jam 7.30 pagi waktu tempatan.

Perkara itu disahkan melalui akaun sosial Facebook rasmi milik pihak PDRM pada hari ini.

Difahamkan, daripada jumlah itu, tujuh petugas dipertanggungjawabkan untuk menemui penduduk tempatan berdekatan lokasi nahas.

Melalui kenyataan itu lagi, petugas MH17 dikehendaki mendapatkan maklumat berkenaan barang-barang milik mangsa dan mayat sekiranya masih ada di kawasan nahas.

Pergerakan pasukan tersebut ke lokasi nahas melibatkan 14 buah kenderaan yang terdiri daripada sebuah kenderaan polis untuk tugas mengiring, dua buah bas mini coster, dua kenderaan bagi pasukan perubatan, sebuah van K9, sebuah lori refrigerator untuk membawa pulang mayat dan lain- lain kenderaan

Tiada ulasan: