THE HAGUE:
Dua rakyat Malaysia merupakan antara 21 mangsa nahas pesawat
Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang dikenal pasti oleh pasukan
forensik, kata Kerajaan Belanda pada Jumaat.
Selain dua rakyat Malaysia, 21 mangsa terdiri daripada 16 warga Belanda, Britain (1), Jerman (1) dan Kanada (1).
Pesawat MH17 dalam penerbangannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.
Sebelum ini, mangsa rakyat Malaysia yang
pertama dikenal pasti oleh pasukan forensik Belanda dipercayai Elaine
Teoh, 27, berasal dari Pulau Pinang.
Difahamkan teman lelaki mangsa Emiel Mahler,
27, yang bersama-sama dengan Teoh dalam pesawat berkenaan masih belum
dapat dikenal pasti sehingga kini.
Teoh
dan Mahler sedang bekerja dalam sektor kewangan di Melbourne dalam
perjalanan ke Malaysia selepas menikmati percutian mereka di Portugal
dan Belanda.
Sebelum ini pernah dilaporkan,
teman baik Teoh, Tan Sook Then sepatutnya menjemput pasangan ini di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 18 Julai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan