Isnin, 25 Ogos 2014

Isu MB S'gor: PAS serah kepada kebijaksanaan Sultan



DETIK DAILY


KUALA LUMPUR: PAS hari ini memutuskan kebijaksanaan Sultan Selangor dalam menentukan jawatan Menteri Besar.Keputusan tersebut diputuskan pada menyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pagi ini.

Kenyataan itu dibaca oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media di Pejabat Agung PAS

"Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada hari ini 25 Ogos 2014 bersetuju untuk menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan jawatan Menteri Besar Selangor," kata beliau.

Mustafa ketika ditanya mengenai dua nama yang dikemukakan PAS bagi jawatan tersebut memberitahu perkara tersebut tidak dibincangkan secara terperinci dalam mesyuarat.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada jam 2.30 petang esok bagi menjelaskan kedudukannya.

PAS sebelum ini pada mesyuarat 17 Ogos lalu telah mencadangkan dua nama Presiden PKR dan timbalan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar bagi menggantikan Khalid.

Tiada ulasan: