Isnin, 25 Ogos 2014

Isu MB: Khalid menghadap Sultan esok


Abdul Khalid Ibrahim
 
 
 
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah jam 2.30 petang esok.

Beliau memberitahu perkara itu kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Sultan Selangor sebelum ini memendekkan tempoh percutian baginda ke luar negara bagi merungkai kemelut bersabit isu jawatan menteri besar.

Baginda pada awalnya dijadual berangkat pulang lusa namun dilaporkan kembali ke tanah air pada Sabtu.

Kemelut jawatan Menteri Besar Selangor semakin meruncing apabila Abdul Khalid dikatakan hilang sokongan majoriti Adun menerusi 30 surat akuan bersumpah menyatakan hilang kepercayaan kepada pentadbirannya.

Pertemuan Abdul Khalid dengan Sultan Selangor esok adalah titik paling penting dalam menentukan hala tuju politik Selangor selepas ini.

Tiada ulasan: