Azmin Ali Azmin Ali


GOMBAK - Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menafikan berebut kerusi panas Menteri Besar Selangor dengan Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa itu turut menangkis dakwaan bahawa beliau akan menentang Wan Azizah untuk rebut jawatan menteri besar.

“Jangan buat spekulasi, bagi saya kita sedang menghadapi satu krisis.

“Tapi kita akan pastikan semua keputusan menjamin parti dan menyelamatkan PR. Buat masa ini minta semua bertenang,” katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Pas, semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Antarabangsaturut yakin dengan kebijaksanaan pimpinan PR untuk menyelesaikan kemelut tersebut.

Azmin juga yakin PR tidak akan berpecah ekoran konflik dalaman itu dan menjangkakan krisis berkenaan akan berakhir dengan mantap.

“Keputusan dah buat dan ikut proses... spekulasi sebab saya yakin PR akan terus kekal dan ada banyak ujian sebelum ini dan akan terus pertahankan prinsip.

"Saya yakin kita boleh keluar daripada krisis ini dengan mantap," katanya.

Rabu lalu, sidang media PKR digemparkan dengan sebaran kenyataan media bahawa Azmin juga antara calon yang bakal menggantikan kerusi menteri besar selain  Wam Azizah.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin memaklumkan AMK dan Pemuda Pas akan mengadakan pertemuan Selasa ini dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Kita akan jumpa untuk membincangkan agenda bagi memastikan agar mesej muafakat diselesaikan. Kita turut alu-alukan keputusan pimpinan Pusat DAP yang menyokong pemecatan Abdul Khalid yang telah diputuskan parti,” katanya.