Selasa, 5 Ogos 2014

Azizah akan lantik Anwar sebagai penasihat jika jadi MB

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Sekiranya dilantik menjadi Menteri Besar, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan beliau akan melantik suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai konsultan atau penasihatnya. 
 
"Memang jawatan menteri besar itu seharusnya menjadi milik Anwar. Namun kerana Anwar disabitkan salah di mahkamah, beliau tidak layak bertanding sebagai ADUN Kajang," kata Wan Azizah.
 
"Cuma satu sebab kenapa saya di pilih sebagai calon Menteri Besar iaitu kerana hak Anwar untuk menjadi menteri besar telah 'di rampas' oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
 
"Kerana jawatan itu sebenarnya milik Anwar, saya tidak akan segan-segan untuk melantik beliau sebagai konsultan dan penasihat saya. Anwar juga sudah punya pengalaman menjadi penasihat ekonomi kepada kerajaan Qatar, jadi kelayakannya tidak perlu disoal," tegas Wan Azizah. 
 
Kenyataan Azizah itu memperlihatkan beliau seolah-olah 'boneka' kepada suaminya kerana umum mengetahui, Anwar adalah individu yang sepatutnya menjadi pengganti Khalid. 
 
Sementara itu Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyatakan bahawa Khalid Ibrahim masih mempunyai peluang untuk terus menjadi Menteri Besar Selangor dengan berterus-terang.
 
Khalid, kata Rafizi, harus memberi penjelasan kepada pucuk pimpinan parti tentang dakwaan yang dibuat oleh Datuk Saifuddin Nasution semalam, berhubung kemelut kes saman RM66.7 juta terhadap Khalild oleh Bank Islam yang akhirnya diselesaikan di luar mahkamah.  
 
“PKR sudah berjanji kepada rakyat bahawa prinsip PKR adalah untuk tidak bertoleransi terhadap mana-mana pemimpinnya yang tidak memiliki integriti,” tegas Rafizi.
 
Ahad lalu, PKR juga telah membincangkan soal pemecatan Khalid jika beliau terus berdegil tidak mahu mengundurkan diri sesuai dengan permintaan parti.
 
Rafizi juga menyatakan bahawa PKR tidak keberatan jika pilihan raya negeri diadakan demi merealisasikan impian PKR untuk menjadikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.

Tiada ulasan: