Sabtu, 23 Mac 2013

Wacana Intelektual dan Profesional malam ini

Harakahdaily,


KUALA TERENGGANU: Setiausaha Pertubuhan Kemajuan Rakyat Terengganu Darul Iman (Pekerti), Zulhilmi Abdul Rahman memaklumkan tempat cadangan awal wacana Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan seperti yang diiklan di Surau al Iman, Losong Panglima Perang di sini telah bertukar di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan tetapi masa dan ahli panel adalah kekal.

Program ini dijadualkan bermula pada jam 8.00 malam ini di Masjid Titian Baru, Bukit Payong.

Moderator wacana adalah Prof Madya Dr Kamarulzaman Yusof dari Universiti Kebangsaan Malaysia dengan barisan ahli panel terdiri daripada Zaharuddin Mohamad (pakar ekonomi Islam), Abd Rahman Taib (mantan Pengarah Kanan Lembaga Pertubuhan Peladang) dan Raja Datuk Kamarul Baharin Shah Raja Ahmad (gambar).


“Pekerti memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat dengan pertukaran tempat ini dan berharap wacana ini berjalan lancar serta  dapat memberikan manfaat yang berguna kepada penduduk,” kata Zulhilmi.

Tiada ulasan: