Harakahdaily, |
KUALA LUMPUR: Satu lagi rakaman video terlepas ke internet memaparkan rakaman sekumpulan remaja lelaki Kelantan sedang beratur mendapatkan upah mereka dari pihak tertentu.
Video yang berdurasi 1.25 minit itu dimuat naik ke Youtube dan Facebook oleh pengguna dengan tajuk "[Edisi kantoi] Umno Upah Mat Rempit Sambut TPM di Kelantan".
Dalam rakaman itu, beberapa orang remaja turut ditanya oleh perakam video terbabit, berhubung jumlah wang diperolehi.
"Lima belas ringgit," jawab beberapa remaja sambil menunjukkan wang tersebut.
Pemberian 'upah' itu dibuat di bawah sebatang pokok dihadapan sebuah rumah dengan beberapa bendera BN disekelilingnya.
Bagaimanapun aksi sebenar pemberian serta pihak yang terlibat memberikan upah itu tidak jelas kelihatan ekoran sudut rakaman yang dilindungi sebuah kereta.
Ianya boleh ditonton melalui pautan http://www.youtube.com/watch?v=NOzRqgj4qOI
Rakaman video itu juga dipercayai ada kaitan dengan lawatan sehari Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri ke Kelantan kelmarin.
Selain menghadiri majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan di Tunjong, beliau juga menghadiri Himpunan Anak Muda Kelantan di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan di Tanjung Chat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan