Khamis, 7 Mac 2013

UMNO/BN Terengganu Gadai Tanah Warisan 15.0 Hektar Di Mukim Kerteh

 Mohd Tishaah

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/Alias%20Abdul%20hamid.jpgKEMAMAN – Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS Kemasik, Ustaz Alias Abdul Hamid mempersoalkan kredibiliti kerajaan UMNO/BN Terengganu yang gagal mempertahankan tanah milik Kerajaan Negeri sehingga tergadai ke tangan orang lain.

Beliau menyatakan kekesalannya terhadap sikap dan pertanggungjawapan Ahmad Said selaku Menteri Besar di majlis penerangan yang dianjurkan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu di Dataran Mak Chili, Kemaman malam semalam.

‘Saya difahamkan ada sebidang tanah di Mukim Kerteh, berhampiran dengan Lapangan Terbang Kerteh seluas 15.0 hektar milik Lembaga Amanah Warisan Negeri Terengganu telah dilelong oleh sebuah institusi kewangan dan pembida yang berjaya membelinya ialah seorang Tionghua dari Pulau Pinang’, terang Ustaz Alias Abdul Hamid.

‘Inilah dia wajah sebenar pemimpin UMNO yang masuk keluar kampong berkata pejuang Agama, Bangsa dan Negara, tanah milik rakyat sendiri tergadai di depan mata kita dalam sekelip mata’, ulasnya lagi.
Majlis penerangan isu – isu semasa tersebut dihadiri oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dan semua kepimpinan PAS Kawasan Kemaman.

Beliau yang merupakan Setiausaha PAS Kawasan Kemaman memaklumkan tanah 15.0 hektar tersebut telah digadai kepada sebuah bank pada 1997 untuk dibangunkan satu projek yang dikenali sebagai Bandar Baru Kerteh Jaya yang mengandungi 432 lot rumah bercampur.

‘Akibat kegagalan kerajaan UMNO/BN membayar pimjaman, bank telah melelong tanah tersebut melalui satu lelongan awam yang diadakan pada 18hb Julai 2012 lepas dan bermula dari tarikh itulah sebidang tanah orang Melayu seluas 15.0 hektar bertukar milik dan tergadai’, terangnya lagi.

Ustaz Alias menyeru seluruh masyarakat menumbangkan UMNO/BN di Terengganu yang tidak boleh diharap menjaga kepentingan orang Melayu.

Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan sikap sambil lewa kerajaan UMNO/BN dalam mempertahankan tanah di Mukim Kerteh tersebut dan rakyat sepatutnya sedar dan insaf dengan peristiwa malang tersebut.

Tiada ulasan: