MSO
Hari ini Najib Razak mengistyharkan 10 daerah di Timur Sabah
menjadi kawasan Selamat di Sabah berkuat kuasa hari ini. Sepuluh daerah
itu ialah; Kudat, Kota Marudu, Pitas, Baluran, Sandakan, Kinabatangan,
Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
Pemilihan kawasan itu sebagai kawasan keselamatan khas yang membawa kepada
penubuhan satu jawatankuasa menurut Peraturan-Peraturan Pemeliharaan
Keselamatan Awam 2013 yang digubal oleh Menteri Dalam Negeri.
Jawatankuasa berkenaan akan dipengerusikan oleh Ketua Menteri manakala
Najib selaku perdana menteri akan menjadi pemantau. Jawatankuasa lain
akan diumum perlatikannya nanti.
Menurut Najib beliau sendiri telah memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong supaya
Ordinan Pemeliharaan Keselamatan Awam 1962 dikuatkuasakan bagi
memastikan keselamatan rakyat di Sabah terus terjamin.
Sememang tidak siapa dapat menyangkal hasrat kerajaan
untuk mewujudkan keadaan selamat dan damai di Timur Sabah itu waktu
ini. Sewajarnya kalau kerajaan mengambil langkah-langkah perlu seperti
mengistyharkan atau meletakkan 10 kawasan itu dalam zon yang diberi
kawalan keselamatan khas.
Tindakan itu diambil semuanya gara-gara meletusnya tragedi pencerobohan
yang menelan lebih 50 korban termasuk sembilan orang anggota keselamatan
kita manakala ratusan yang ditangkap. Namun betapa suci usaha kerajaann
itu ia tetap akan disuluh dengan berbagai maksud kerana ianya dibuat
dalam edah pilihan raya umum akan menjelang tiba bila-bila masa saja.
Mungkin ramai yang tidak sedar didalam 10 daerah itu ia merangkumi tujuh
kerusi parlimen dan 15 kerusi DUN Sabah. Kerusi-kerusi parlimen yang
termasuk dalam zon keselamatan khas ini ialah, P167 Kudat, P168 Kota
Merudu, P183 Baluran, P187 Kinabatangan, P 189 Semporna dan P190 Tawau.
Manakala di dalam kawasan parlimen itu pula merangkumi sebanyak 15
kerusi state iaitu, N1 Baggi, N3 Pitas, N4, Manttagong, N5 Tandek, N39
Sugut, N40 Labuk, N42 Sungai Sebuga, N45,
Elopora, N46 Tanjung Rapat, N47 Kuamut, N52 Sulabayan, N54 Bogaya, N53 Senaling, N55 Balung, N 56 Apas.
Jumlah kerusi parlimen yang terlibat itu kira-kira 40% daripada 25
kerusi parlimen di Sabah dan kira-kira 25% daripada kerusi negeri yang
berjumlah 60 kerusi. Kalau diandaikan kesemua kerusi parlimen yang
berada didalam kawasan keselamatan khas itu akan ditawan semula oleh UBN
ini bermakna UBN memerlukan kira-kira lima kerusi saja lagi untuk
mendapat lebih separuh daripada 25 kerusi parlimen.
Manakala kerusi Dewan Undangan Negeri pula, kalau kesemua 15 kerusi di
dalam tujuh kawasan parlimen itu dimenangi UBN ini bererti UBN
memerlukan 15 atau 20 kerusi sahaja lagi untuk menguasai semula kerajaan
Sabah.
Dengan kedudukan dan perangkaan itu menyebabkan ada tanggapan mengatakan
pengistyharan 10 kawasan keselamatan khas itu dibuat bermotifkan
politik untuk menjamin kekuasaan UBN di Sabah. Hari ini UBN terdesak dan
menggeletar apabila pihak Pakatan Rakyat dengan kerjasama APS mendakwa
mereka bakal menguasai 10 hingga 12 kerusi parlimen.
Sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai 10 hingga 12 kerusi parlimen
Sabah seperti diuar-uarkan besar kemungkinan kerajaan Sabah pimpinan UBN
juga akan tumbang.
Persoalnya kini apakah motif disebalik pengistyharkan 10 kawasan yang
diletakan dalam kawasan keselamatan khas itu bermotif politik atau
sebaliknya? Sukar untuk kita menjawab di sini kerana tragedi yang
berlaku di Lahad Datu itu telah memakan banyak korban yang menyebabkan
tidak tergamak untuk dikatakan ianya sebagai sandiwara.
Asasnya kejadian itu benar, mati itu benar, bom itu benar walaupun tak
mengena sasaran, bagai mana pun mana rententan perkembangan-perkembangan
seterusnya dan dapatan dari lapangan boleh dipertikaikan dan inilah
menyebabkan ada mengatakan apa yang berlaku di Sabah itu tidak begitu
tulen atau pun lebih tepat tragedi yang tidak tersangka itu telah
digunapakai untuk kepentingan politik.
UBN terutamanya Najib bernasib baik dengan kejadian itu kerana ia membantu baginya menyelamatkan Sabah.
Apapun sama ada pengistyharan 10 zon keselamatan khas itu memberi laba
politik besar atau tidak ianya akan terjawab selepas pilihan raya kelak.
Ukuran mudah yang boleh dibuat kalau kedudukan UBN di Sabah tidak
berubah, maka jelas ianya adalah plan politik yang sungguh drmatik dan
penuh tektikal tetapi kalau Pakatan Rakyat menang pula menunjukkan
kehendak rakyat Sabah mengatasi plan politik Umno?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan