Rizal Tahir, |
Nazri dan rakn-rakannya menunjukkan keretakan pada Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua
KOTA BAHARU: Satu siasatan awam perlu dilakukan terhadap konsortium I.S Resourcers Sdn Bhd – Ris Capital Sdn Bhd, berhubung masaalah Jambatan Sultan Yahya Petra kedua yang mengalami keretakan.
Pada masa yang sama, Jabatan Persekutuan Kelantan (JPP) dan JKR diminta menyatakan pendirian sebenar berhubung masaalah keretakan itu kepada umum bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Kelantan, Kelantan R, meminta mereka yang terbabit supaya lebih telus dalam mengeluarkan kenyataan apa lagi ianya berhubung masaalah keselamatan orang ramai.
Presiden R, Nazri Deraman juga meminta turut menyifatkan jawapan pihak berkenaan semalam tidak profesional dan kurang bertanggungjawab sebagai sebuah agensi kerajaan Persekutuan.
Beliau berkata demikian kepada media hari ini ketika R melakukan lawatan ke Jambatan Sultan Yahya Petra kedua kira-kira 1.00 tengahari tadi untuk melihat sendiri keretakan itu.
R mengusulkan perkara itu diambil tindakan segera berikutan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman, yang mendakwa jambatan itu berlaku keretakan bahagian penyambungan.
Anizam dalam sidang media dua hari lalu berkata, keretakan tersebut disahkan berlaku di penyambung di kawasan jajaran jambatan baru menghala Jalan Wakaf Siku.
Menurutnya, keretakan maksimum itu dapat dilihat dengan mata kasar iaitu 1.2 milimeter dan ini melibatkan keselamatan semua pihak.
“Kerajaan negeri berharap, pihak berkenaan mengambil langkah segera dan positif untuk menangani masaalah itu.
“Walaupun lapisan turapan itu siap di lima lokasi, tetapi terpaksa dibuka semula dan sebagainya. Kita bimbang berlaku kes yang sama di Puterajaya dan Terengganu,”ujarnya.
Sehubungan itu kata Nazri lagi, R bimbang kejadian yang sama seperti stadium yang runtuh di Terengganu akibat salah tadbir wang ehsan di negeri itu berjangkit di negeri ini.
Semalam, pihak JPP membuat kenyataan balas berhubung keretakan itu dengan menyifatkan keretakan pada penyambung persimpangan bertingkat Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra yang dalam peringkat akhir pembinaan itu adalah kecil dan tidak serius.
Ketua Penolong Pengarah (Teknikal) Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Mohd Zaki Mohd Zain berkata keretakan itu adalah masalah teknikal yang kecil dan biasa berlaku pada projek yang masih dalam pembinaan.
"Projek itu masih dalam pemantauan pihak pemeriksa bebas sebelum ia dibenar digunakan kepada semua lalu lintas," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Kelantan Datuk Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman bahawa laporan akhir pembinaan projek itu menunjukkan ada keretakan yang dikhuatiri membahayakan nyawa orang ramai jika dibiarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan