KUBU KUAT Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Putrajaya
dikhabarkan bakal digegarkan oleh Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa
yang telah menyatakan kesediaannya untuk menjadi pencabar utama kepada
calon tunggal BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Umum maklum Putrajaya sebuah kota pentadbiran negara yang gah dilengkapi prasarana serba moden dan pintar disediakan BN sedekad lalu jadi tidak mudah untuk mana-mana parti lain untuk merampas kota yang dipasak kukuh dengan pemodenan.
Begitulah gambaran kesulitan Pas untuk menawan kota pentadbiran negara ini bagaimanapun, Husam berjanji akan bekerja keras untuk merealisasikan hasrat berkenaan sekiranya beliau ditakdirkan menjadi calon di Parlimen itu.
“Peluang untuk Pas bertapak di situ pada jangkaan saya hanyalah 40 peratus sahaja bagaimanapun, usaha sehabis daya akan dilakukan bagi menawan hati pengundi di situ.
“Calon dia pun orang kuat Umno dan kebanyakannya pengundi di situ terdiri daripada pegawai serta kakitangan kerajaan.
Malah Putrajaya sudah punya kemudahan dan keselesaan hidup,” katanya.
Beliau mengakui bahawa kerusi itu agak sukar untuk ditandingi namun sekiranya penempatannya di parlimen tersebut dapat membantu membuktikan kesungguhan Pas dan rakan pakatan untuk sampai ke Putrajaya.
“Kalau parti putuskan saya sebagai calon, saya bersedia sekiranya ia boleh membantu memberikan perlawanan yang lebih bersungguh-sungguh walaupun dia adalah satu cabaran yang agak berat.
Mengulas strategi yang bakal diguna pakai Pas, Husam berkata buat masa ini beliau belum memutuskan lagi teknik serangan terhadap parti lawan dan skill menawan hati pengundi di sana.
“Saya belum tinjau Putrajaya jadi saya tidak tahu apa strategi utama. “Lagipun ketika dicadangkan Pas Kawasan Putrajaya saya tidak tahu.
Memanglah sebelum ini mereka ada datang berjumpa saya beberapa kali untuk meminta saya bertanding,” katanya.
Menurut Husam yang juga Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan berkata, beliau tidak ada halangan untuk bertanding di Putrajaya walaupun menyifatkan cabaran besar buat dirinya.
“Sekiranya kehadiran saya boleh membantu menguatkan cabaran Pas dan membantu menambahkan keyakinan orang ramai terhadap Pas dalam usaha menukar pentadbiran Putrajaya saya tidak ada halangan untuk bertanding di situ,” katanya.
Ketika diminta mengulas berhubung dakwaan Pas sebelum ini yang memandang negatif terhadap pembinaan Putrajaya Adun Salor ini berkata, isu-isu pembangunan yang tidak menguntungkan itu adalah hal lain.

“Tetapi kedudukan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran nak tak nak kalau diibaratkan seperti perang zaman dahulu memang kota itu perlu di tawan.
“Putrajaya pada hari ini ialah ibu kota pentadbiran negara dan kedudukannya sebagai pusat pentadbiran adalah satu kedudukan strategik,” katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata kota pentadbiran itu mesti ditakluki dalam hal ini saya maksudkan Putrajaya. Kerana di kota itu strategik dan Islam juga pada asasnya sentiasa bertapak di kota-kota “Sesuai dengan keadaan itu Pas juga diberikan peluang untuk mewakili penduduk Putrajaya,” katanya.
Sebelum ini, Pas Kawasan Putrajaya sudah membuka pintu sekiranya kehadiran saya boleh membantu menguatkan cabaran Pas dan membantu menambahkan keyakinan orang ramai terhadap Pas dalam usaha menukar pentadbiran Putrajaya saya tidak ada halangan untuk bertanding di situ.” Husam lamaran kepada Husam untuk bertanding di kerusi berkenaan.
Menurut Yang Dipertua Pas kawasan, Mohamad Nazir Nazir, pihaknya memang sudah membuat jemputan dan cadangan kepada pucuk pimpinan Pas Pusat supaya meletakkan calon popular dari Kelantan itu di Putrajaya.
“Jika benar beliau berminat jadi calon di Putrajaya, kita tiada halangan, bahkan kita amat mengalu-alukan kehadiran future leader PAS itu.
“Sebenarnya sudah tiga kali kita menghantar surat berkaitan calon Pas Putrajaya kepada pucuk pimpinan untuk dipertimbangkan malah kita telah bertemu dengan Mursyidul Am berkenaan dengan hasrat ini.
“Jika Husam bertanding di Putrajaya, saya yakin beliau boleh menang sebab pengaruh beliau kuat di sini, terutama kakitangan kerajaan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan