Selasa, 26 Mac 2013

Program menghasut: Pemantau PRU buat laporan polis

Rizal Tahir,



(Pemantau PRU Kelantan membuat laporan polis ke atas program yang menghasut)


KOTA BHARU: Pemantau Pilihanraya Kelantan hari ini membuat laporan polis berkaitan jenayah hasutan dan salahguna kuasa yang berlaku pada 23 Mac lalu.

Ia dikatakan berlaku dalam program Seminar mendaulatkan Islam Agama Negara (Semaian)  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Pertubuhan Muafakat Sejahtera masyarakat, dengan kerjasama Biro Pendidikan Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Putih, Kelantan.

Laporan polis itu dibuat Pengerusinya, Mohammad Faizal Che Yusof, di IPD Kota Bharu, jam 10.30 pagi tadi setelah menerima maklumat dari orang ramai berhubung perkara itu.

Faizal ketika memberitahu media selepas membuat laporan polis itu berkata, program berkenaan lebih condong kepada hasutan dengan tujuan untuk membangkitkan kemarahan pada pihak lain.

(Faizal dan rakan-rakan keluar dari balai polis selepas membuat laporan)

Katanya, program itu amat  memberi kesan pada hasutan terhadap agama dan ianya merupakan jenayah hasutan yang nyata di negara ini.

“Kami berpandangan program itu satu penyalahgunaan institusi awam oleh pihak tertentu terutama untuk pilihanraya sekarang.

“Kita kena hormati pihak lain,  prinsip  asas  Perlembagaan Persekutuan khususnya bahagian 10 penjawat awam yang perlu bebas dari dicengkam anasir-anasir pihak politik,”ujarnya.

Tambahnya, jelas dalam program tersebut, telah mewujudkan suasana hasutan oleh pihak tertentu.

Beliau turut menambah perkara ketiga yang amat serius dalam program itu terdapat amalan menyekat amalan demokrasi berparlimen di malaysia.

“Terdapat tuduhan yang amat  tidak bertepatan dan tidak wajar dilemparkan kepada satu parti politik yang disahkan berdaftar dan undang-undang kononnya parti itu cuba nak buat sesuatu.

“Atas dasar itu kita ambil inisiatif supaya laporan polis ini dibuat semoga siasatan terhadap mereka perlu dilakukan,”ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap perkara yang serupa tidak berlaku lagi apatah lagi di saat untuk menghadapi pilihanraya umum tidak lama lagi.

Katanya, mana-mana parti yang ingin berkempen diharap  telus, semua orang boleh tahu dan tiada nilai hasutan seperti itu.

Menurutnya, dalam program yang dianjurkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat itu turut memaparkan grafik menghasut supaya pembaca marah dan memusuhi pihak yang didakwa.

Faizal seterusnya berkata, antara yang disebarkan paparan grafik (DAP) menolak Islam, malah mengandungi kata-kata hasutan DAP adalah alat gerakan Kristian terancang di Malaysia.

Tiada ulasan: