Sabtu, 9 Mac 2013

PAS Ucap Terima Kasih Kepada Rakyat Yang Mengundi Pada Tahun 1999

Wartawan Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/adilnya%20islam.jpgKUALA NERUS - PAS Terengganu mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat yang telah mengundi parti itu pada pilihanraya umum ke-10 tahun 1999 kerana dengan undi mereka PAS telah menang 28 dari 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurut Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu YB Dr Alias Razak, denngan mandat yang diberikan rakyat itu PAS berjaya menegakkan keadilan dan melaksanakan perintah Allah SWT dengan meluluskan udang-undang yang menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai perundangan tertinggi negeri Terengganu.

"kita ucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang telah mengundi PAS pada tahun 1999, dengan mendapat mandat 2/3 (28 daripada 32 kerusi) dan telah kita telah buat semaksima mungkin,

"kita berjaya meluluskan undang-undang teringgi bagi negeri Terengganu adalah al-Quran dan as-Sunnah, Ijma' Ulamak dan Qias.......kalimahnya di situ....syahadahnya di situ,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan hujahnya dalam Majlis Forum Adilnya Islam yang diadakan di Pekan Batu Enam, dekat sini pada Jumaat malam, 8 Mac.

Turut menjadi ahli penal forum tersebut adalah Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali dan Pensyarah dan pendakwah terkenal Ust Dr Roslan Mohammad.

Selain dari itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, kerajaan PAS tahun 1999 hingga 2004 telah melaksanakan keadilan Islam dengan memberikan tanah tempat tinggal dan tanah pertanian kepada rakyat.

Katanya, adalah menjadi suatu ketidakadilan bahkan satu kezaliman bagi sesebuah kerajaan yang tidak memberikan tanah kepada rakyat yang telah mengusahakan mana-mana bidang tanah sejak 30 tahun yang lalu.

"lebih 60,000 lot tanah yang telah diberikan oleh kerajaan PAS, malangnya apabila PAS kalah pada tahun 2004, keajaan Umno dan Barisan Nasional telah melakukan kezaliman, merampas semula tanah-tanah tersebut,"tambahnya.

Justeru, beliau menyeru agar rakyat dapat mmberikan kepercayaan dan mengundi PAS pada pilihanraya umum ke-13 akan datang, sekaligus memberikan peluang kepada PAS bagi meneruskan program-program pemerintahan yang memberikan keadilan Islam kepada rakyat.

Tiada ulasan: