ASPAN ALIAS
Pihak pimpinan UMNO dan BN semakin terhimpit dengan krisis keyakinan yang sedang mereka hadapi. UMNO sekarang mungkin telah sedar tiada apa yang kita sembunyikan selama ini akan kekal tersembunyi buat selama-lamanya. Perkembangan dan pembangunan industri media dan maklumat di dalam dunia tanpa sempadan ini sangat menyusahkan UMNO. Tiada apa yang buruk mereka lakukan tidak dapat disorokkan dan dengan sekelip mata sahaja akan diketahui umum.
Pihak pimpinan UMNO dan BN semakin terhimpit dengan krisis keyakinan yang sedang mereka hadapi. UMNO sekarang mungkin telah sedar tiada apa yang kita sembunyikan selama ini akan kekal tersembunyi buat selama-lamanya. Perkembangan dan pembangunan industri media dan maklumat di dalam dunia tanpa sempadan ini sangat menyusahkan UMNO. Tiada apa yang buruk mereka lakukan tidak dapat disorokkan dan dengan sekelip mata sahaja akan diketahui umum.
Apabila sampai sahaja maklumat ke
satu-satu tempat maka dengan pantas UMNO akan menghadapi kejatuhan tahap
keyakinan rakyat terhadapnya. Tetapi UMNO masih ada sedikit saki-baki kawasan
yang belum ditempuhi oleh maklumat dan di sinilah UMNO mengharapkan pergantungan
sokongan dari kawasan itu untuk mengharapkan dukungan.
Sejak dua tiga hari ini pimpinan
tertinggi UMNO meminta supaya rakyat jangan percaya dengan media baru yang
sedang berkembang dengan pesat sekarang. Isu ini di jadikan isu harian oleh
pimpinan UMNO kerana mereka tahu yang rakyat lebih percaya kepada kredibiliti
media alternatif jika dibandingkan dengan media arus perdana. Bagaimana
mungkin UMNO terus-terusan bertahan dengan menjadikan media arus perdana sebagai
alat propaganda mereka.
Sekarang pimpinan UMNO amat gusar
dengan media baru ini kerana mereka (UMNO) tidak dapat menutupi kerja-kerja
mereka yang tidak semenggah selama ini. Jika tiada media baru ini bagaimana
rakyat hendak tahu tentang isu NFC dengan betul misalnya. Tidak mungkin media
perdana akan melambakkan apa yang sebenarnya berlaku dalam isu lembu dan
pinjaman kewangan terhadap seorang keluarga Ahli Jemaah Menteri yang terlibat itu.
Tanpa media baru tidak mungkin
rakyat tahu bagaimana pimpinan UMNO menjual harta benda Kementerian Pertahanan
yang melibatkan Senator Raja Ropiah berhubung dengan transaksi tanah Kementah seluas 200 ekar itu? Jika media
baru tidak wujud kita tidak mungkin tahu yang akuan bersumpah kedua PI Bala itu
adalah akuan bersumpah palsu. Rakyat tidak akan tahu tentang Rosmah
berlumba-lumba dengan suaminya dalam pembahagian bisnes dan kontrak kepada
kawan dan sahabat masing-masing. DAN tidak akan tahu juga kita perhubungan
Najib dengan Flora Ong misalnya.
Semua ini tidak akan diketahui
oleh ramai jika tiada media baru kerana media arus perdana dikuasai oleh UMNO
dan semua ketidak telusan UMNO itu tidak akan disiarkan oleh mereka (media
perdana). Bagi orang ramai media baru ini merupakan saluran alternatif kepada
media perdana dan banyak telah merubah keadaan di negara kita ke arah perubahan
yang baik.
Media baru ini penting kerana ia
boleh membuat ‘check and balance’ terhadap laporan media arus perdana. Media
baru telah merongkai banyak hal dalam UMNO. Mereka (UMNO) tidak suka dengan
‘check and balance’ kerana media baru akan menyusahkan mereka untuk mendapatkan
‘cheque and all the balances’ yang ada dalam perbendaharaan negara untuk
pimpinan mereka.
UMNO sendiri telah mengupah ramai
penulis-penulis dalam media baru tetapi UMNO masih lagi takut menghadapi media
baru ini. UMNO telah mengupah dan membariskan penulis yang handal-handal dan
mempunyai pengalaman yang luas dalam penulisan dan kewartawanan sedangkan di pihak
pembangkang mereka terdiri dari penulis yang amatur dan mereka menulis dengan
sukarela tanpa apa-apa bayaran dan imbuhan.
Saya sendiri bukanya seorang
penulis pun tetapi saya mula menulis atas desakan keadaan untuk memberikan
pandangan yang berbeza dengan media perdana yang tidak mempunyai laporan yang
seimbang. Saya tidak mahu melihat orang ramai termakan dengan dakyah lapuk UMNO
yang tertanam dalam parti itu sekian lama. Saya begitu sensitif terhadap
tindakan mana-mana pihak memperbodohkan pihak yang lain yang telah
berluas-luasa dalam masyarakat media kita.
Tetapi pihak pembangkang mendapat
banyak sokongan dalam media baru bukan kerana mereka yang berpihak kepada pembangkang
itu orang pandai-pandai, tetapi mereka lebih telus dan jujur serta mempunyai
pemikiran yang jelas dan telus. Orang ramai bukan hendak membaca betapa
hebatnya penulisan dalam media baru itu tetapi mereka memilih untuk memberikan
sokongan kepada berita dan penulisan yang lebih jujur dan boleh diyakini.
Jika benar apa yang disiarkan
oleh media arus perdana itu tidak dikotori dengan pembohongan masakan rakyat
memilih untuk membandingkan kualiti laporan serta penulisan pihak media baru
itu. Pihak UMNO tidak mungkin dapat mengekang rakyat daripada mendekati media baru
kerana rakyat bijak memilih yang mana satu yang telus dan yang mana satu yang
bertujuan untuk mengelirukan mereka sahaja.
Rakyat telah sedar tentang peranan
yang berguna yang dimainkan oleh media baru itu adalah untuk memberikan
pandangan yang berbeza dengan pandangan media perdana yang penuh dengan elemen
dakyah yang merosakkan pemikiran rakyat yang ramai.
Saya pernah dicerca oleh pihak
penyokong UMNO dalam media baru ini yang mengatakan saya mempunyai penulisan
yang kurang ‘standard’nya, dan tidak seperti ‘standard’ mereka. Saya akui saya
bukan seorang penulis dan saya menumpukan kepada pemikiran dan bukannya kepada
nahu dan tata bahasa yang baik. Saya lebihkan untuk memberikan pandangan dan
pemikiran saya dan saya tidak mahu masuk pertandingan menulis untuk mendapat
hadiah yang besar.
Walaubagaimana pun saya dapat
merasakan respon dari masyarakat sangat baik terhadap pandangan dan kritikan
saya terhadap isu yang mengelilingi UMNO dan BN. Saya tahu kelemahan saya dan
itulah sebabnya saya tidak menggunakan perkataan-perkataan yang kotor seperti
‘bangang’, ‘bodoh’, ‘babi’ dan superlatives yang buruk-buruk di dalam penulisan
saya. Saya tahu yang penggunaan istilah kasar dan kotor itu adalah satu
pancaran jelas samada seseorang itu terdidik oleh ibu bapa dan keluarga yang
baik-baik.
Kata-kata yang keluar dari mulut
seseorang itu melambangkan tahap darjat seseorang itu. Darjat kita bukan
terletak kepada wang ringgit dan kekayaan kita sebaliknya darjat itu merupakan
bayangan kepada darjat diri kita yang sebenar-benarnya. Semasa saya mula
membuat kritikan terhadap kerajaan melalui penulisan di media baru dahulu, saya
pernah dilemparkan dengan kata-kata kesat seperti bodoh, sial, dan
berbagai-bagai lagi panggilan yang buruk-buruk oleh penyokong UMNO dan BN.
Tetapi saya memilih untuk berdiam
diri sahaja kerana yang mengatakan saya dan yang lain itu sebagai bodoh itu,
adalah orang bodoh yang sebenar-benarnya. Saya tidak perlu memberikan respon
terhadap tindakan mereka yang tidak mempunyai keperibadian itu. Saya berdiam
diri dan hanya menyandarkan segala-galanya kepada kebenaran tentang apa yang
saya tulis itu. Saya masih mempunyai masa untuk membuktikan segala ketelusan
penulisan saya, malah setengah daripada apa yang saya jangkakan itu telah pun
terbukti kebenarannya.
Saya berkeyakinan media baru itu
juga mampu untuk memberikan pelajaran kepada masyarakat tentang perkara baik
walaupun tidak semua boleh memahami nilai sebenar seorang manusia itu.
Seseorang yang tahu membuat penilaian itu hanyalah dari mereka yang terdidik
dari keluarga yang baik.
Dalam media baru ini kita dapat
belajar bermacam-macam perkara. Pengalaman saya selama beberapa tahun ini
membuatkan kita lebih memahami manusia. Kita sudah boleh memahami yang sesiapa
yang jiwanya kotor dan gundah-gulana tanpa ketenangan akan dipaparkan oleh
mereka sendiri melalui penulisan dan komen mereka terhadap sesuatu isu itu.
Bahasa mereka akan lebih kasar
dan tidak akan membahaskan sesuatu isu itu secara terbuka malah mereka terus
sahaja melepaskan kata-kata kesat yang tidak selayaknya keluar dari insan yang
secantik-cantik kejadian Tuhan itu.
UMNO sememangnya dalam keadaan
terdesak sekarang ini. Sekarang media baru pula yang mengancam mereka. Bagaimana
UMNO boleh bersandar kepada media arus perdana lagi? Sudah terbukti media
perdana sudah menjadi bahan sindiran akhir-akhir ini kerana terlalu kerap gagal
mempertahankan kewibawaan mereka di mahkamah.
Utusan misalnya telah terbukti sebagai
salah satu punca fitnah dengan kegagalan mereka dalam beberapa saman
yang difailkan oleh beberapa orang pimpinan Pakatan Rakyat sejak
akhir-akhir ini. Mahkamah
telah membuktikan yang media perdana telah melakukan banyak fitnah yang
tidak
ada batasnya terhadap pimpinan pihak alternatif. Mereka ini (media arus
perdana) hanyalah merupakan ‘political bouncers’ untuk mengekang
kebenaran daripada
diketahui umum.
Utusan sahaja terpaksa membayar
jutaan ringgit kepada mereka yang telah menjadi mangsa fitnahnya sejak
akhir-akhir ini. Itu sahaja sudah cukup untuk membuktikan bahawa media arus
perdana itu merupakan sumber besar fitnah yang berkeliaran di mana-mana
sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan