Tidak pernah terfikir oleh orang ramai
sebelum ini PAS dan DAP menjadi parti-parti yang di terima oleh semua kaum dan
inilah yang membuatkan BN menjadi gering sementara menunggu pilihanraya yang
akan datang ini. PAS telah berjaya membawa bukti bahawa Islam itu merupakan
agama yang 'universal' dan juga agama yang boleh memimpin semua kaum dan kelompok
dalam dunia ini. Kekuatan sokongan PAS ini juga telah mewujudkan ‘ulamak
songsang’ yang datang dari kumpulan UMNO yang tertekan sambil memfatwakan PAS
sebagai PAS sesat dan haram di sokong.
Berbagai kumpulan upahan telah di
bawa ke depan kaca TV3 untuk menyiarkan fatwa songsang ini semata-mata untuk
menyesuaikan dengan kehendak politik mereka. Mereka mahukan agama di sesuaikan
dengan keperluan mereka dan bukannya menyesuaikan kehendak Islam terhadap semua
perjuangan mereka.
Semalam Lim Kit Siang telah
menyatakan yang beliau mungkin bertanding menggunakan lambang PAS dalam
pilihanraya ini. Ini di sebabkan ROS mungkin mengambil tindakan membatalkan
pendaftaran DAP berikutan dengan kesilapan dalam pemilihan CEC DAP di Pulau
Pinang 15hb Disember yang lalu. Sebagai parti pembangkang dan memahami tindak
laku BN yang sedang ketandusan sokongan menggunakan ROS untuk membatalkan
pendaftaran DAP itu tidak boleh di anggap ringan. Dalam keadaan terdesak BN
akan melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kelazatan kuasa yang ada kepada
mereka (UMNO).
Saya secara peribadi tidak mahu
menolak kemungkin BN akan melakukan tindakan pembatalan pendaftaran DAP itu.
Tetapi saya telah menangkap sedikit imbasan dari kenyataan Nik Aziz semasa
melawat Pengerusi DAP, Karpal Singh semasa perayaan Thaipusam yang lalu. TGNA
telah menyatakan yang PAS berkemungkinan menurunkan calon-calon bukan Islam dalam
pilihanraya ini. Dengan kenyataan LKS semalam, maka buat sementara DAP tidak
akan mempunyai apa-apa masalah di dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang.
Jika ROS bertindak seperti ia bertindak terhadap UMNO asal dahulu, maka DAP
mempunyai teman seperjuangan yang setia untuk membelanya dalam kesusahan.
Tetapi apa yang menariknya DAP
dan kaum Cina telah menganggap PAS sebagai rakan seperjuangan yang rapat dan
keadaan ini telah menyatukan semua kaum. PAS dan DAP merupakan dua sahabat yang saling memerlukan
di antara satu dengan yang lain untuk mencapai matlamat murni iaitu untuk sebuah
negara yang bersih pentadbirannya dan telus di dalam semua tindakan dan
keputusan yang melibatkan rakyat..
Dalam masa DAP menghadapi tekanan
dari pihak ROS dan BN itu, PAS boleh di harapkan untuk membela parti sahabat
sebagai tanda dan lambang kerjasama erat bagi mencapai matlamat untuk mencapai
matlamat penyatuan kaum itu.. Permuafakatan di antara PAS dan DAP ini lah yang
memeritkan UMNO dan BN. UMNO telah cuba untuk memisahkan DAP dan PAS
untuk ‘survival’ parti itu tetapi tidak berhasil malahan DAP dan PAS bertambah
intim kian hari kian masa.
Saya selalu berkata yang UMNO
merupakan pihak yang terhandal dalam mencipta slogan-slogan seperti slogan
1Malaysia dan hidup dalam harmoni di antara semua kaum dan agama. Semuanya itu
hanya tinggal slogan tetapi apa-apa slogan yang di war-warkan oleh UMNO, yang
menterjemahkan kepada realiti hanyalah Pakatan Rakyat. 'Bersih, Cekap dan Amanah'
merupakan slogan UMNO semasa pemerintahan kuku besi Mahathir dahulu tetapi
tidak pernah terlihat hasilnya. Di bawah pimpinan Dr Mahathir tidak ada
bersihnya, tidak wujud cekapnya dan jauh sekali dari melihat sifat amanah
seperti yang di slogankan itu.
Hasilnya Pakatan Rakyat Pulau
Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan pula yang melaksanakan slogan 'Bersih. Cekap
dan Amanah' itu. Sekarang IMalaysia adalah slogan Najib yang sedang di amalkan
oleh Pakatan Rakyat dalam mana pihak Pakatan telah menunjukkan kesatuan di
antara kaum dan agama dengan jayanya. Semuanya ini terbentuk kerana semua pihak
dalam Pakatan Rakyat bersatu untuk menuju kebaikan yang cuba di
perlekehkan oleh UMNO yang tidak mempunyai kudrat dan kemampuan untuk menyatukan
rakyat berbagai kaum dan cara hidup ini.
UMNO yang mengaku sebagai pejuang
Islam terpaksa melunakkan lagi nyanyian lagu rasis dalam kempen pilihanraya
ini. Tetapi bagi semua yang beragama khususnya yang beragama Islam tetap
merialisasikan kenyataan yang Islam itu adalah agama yang mampu untuk bersatu
dan bermuafakat dengan agama lain untuk hidup dalam negara yang aman, muhibbah
dan saling menghormati di antara satu dengan yang lain.
Tuhan telah menurunkan di dunia
ini manusia dari berkumpul-kumpulan dan berbeza-beza semata-mata untuk
memperkayakan sifat memahami serta menghormati di antara satu dengan lain.
Tuntutan ini lah yang tidak digemari UMNO kerana tuntutan Allah swt ini tidak
sesuai dengan kehendak mereka. Maka mereka pun mengumpulkan mereka yang
berserban dan berjubah di depan kaca TV3 untuk mengharamkan menyokong PAS dan
melabelkan PAS parti yang menjual akidah dan berbagai-bagai lagi tuduhan yang
liar dan menjilikan.
Apa yang di agakkan akan
dilakukan oleh ROS terhadap DAP boleh di selesaikan dengan cara berpadu dan
memahami masalah di antara satu dengan lain. Jika pembatalan pendaftaran DAP
dilakukan juga oleh pendaftar pertubuhan, maka calon-calon DAP dialu-alukan oleh
PAS untuk menggunakan lambangnya sebagai tanda hormat menghormati di antara kedua-dua parti itu. Yang penting
sekali ialah matlamat mendapatkan kerajaan yang telus, bersih dan tidak rasuah
itu dapat dicapai sebagai satu-satunya jalan kearah mencapai ‘national unity’
yang merupakan ‘ultimate’ bagi negara ini.
Sekarang apa yang saya selalu
sebutkan akan menjadi kenyataan. Semua rakyat mahu bersatu tetapi kali ini mereka
mahu bersatu di luar BN dan bukan lagi bersatu di bawah naungan UMNO dan BN
yang terlalu angkuh dan tidak dapat di fahami lagi apa sebenarnya matlamat
perjuangan mereka sekarang ini, jika tidak kerana kerakusan kuasa semata-mata..
Sesungguhnya UMNO sudah hilang
segala ‘identity’ nya sebagai sebuah parti pemerintah. ‘Attribute’ sebagai
parti pemerintah nampaknya sudah terbina di dalam Pakatan Rakyat. UMNO sudah
menjadi sebuah parti saling tidak tumpah sebagai parti yang melata seperti
pengemis meminta sokongan rakyat yang sudah cilik belaka sekarang ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan